search berita di sini

Pensyarah PSMZA menjuarai Pertandingan Inovasi Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berbentuk Multimedia

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
terengganukuonline.blogspot.com

PAKA: Pensyarah dari lima buah politeknik negeri Terengganu, Pahang dan Terengganu berentap di dalam Pertandingan Inovasi Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berbentuk Multimedia Peringkat Zon Timur di Dewan Besar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Paka dalam 7 kategori yang dipertandingkan.

Dalam pertandingan ini sebanyak 21 bahan bantuan berbentuk multimedia dicipta pensyarah dari lima buah politeknik iaitu PSMZA, Politeknik Kota Bharu (PKB), Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan, Politeknik Kuala Terengganu (PKT), Politeknik Hulu Teregganu (PHT).

Hasil kerja tiga pensyarah Jabtan Kejuruteraan Mekanikal PSMZA iaitu Akasyah Mohd Khatri, Che HAspu Robiah Daud dan Mohd Zahir Abdul Kadir yang bertajuk i-fluid Static for Fluid Mechanics dinobatkan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk multimedia terbaik dalam pertandingan yang pertama kali diadakan itu.Bersambung dalam akhbar berita harian minggu ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan