Timur: Waspada 31 laluan maut
Pengguna dinasihat berhati-hati melalui jalan sering ragut nyawa KUANTAN: Sebanyak 31 laluan di Pahang kerap berlaku kemalangan maut berikutan faktor geografi, struktur jalan dan pertambahan bilangan kenderaan apabila orang ramai mula pulang ke kampung masing-masing menjelang Aidilfitri yang dijangka bermula Jumaat ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, Datuk Baharuddin Mohd Yusop, menasihatkan pengguna jalan raya yang mula balik ke kampung halaman masing-masing berhati-hati ketika melalui 31 laluan maut itu berikutan pertambahan bilangan kenderaan.
“Kita menjangkakan bilangan pengguna jalan raya akan meningkat mendadak dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum Hari Raya.
“Oleh demikian, mereka perlu merancang perjalanan sebaik mungkin dengan memeriksa enjin kenderaan dan tayar sentiasa dalam keadaan baik dan memandu secara berhemah dan bertanggungjawab serta peka dengan persekitaran,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Katanya, kajian Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati sebanyak 67 peratus kemalangan jalan raya berpunca daripada faktor manusia, iaitu lalai atau tidak sabar ketika memandu, manakala 28 peratus berpunca daripada keadaan jalan dan hanya lima peratus akibat masalah mekanikal kenderaan.
Sehubungan itu, katanya, kempen keselamatan yang dijalankan JKJR memberi tumpuan kepada pemandu dan penunggang motosikal.
“Bagi pemandu kereta, mereka dinasihatkan membuat perancangan teliti sebelum memulakan perjalanan, selain memakai tali pinggang keledar, memberi isyarat sebelum menukar lorong dan berhenti jika mengantuk.
“Mereka juga dinasihatkan tidak membawa lebih muatan atau melebihi had penumpang,” katanya.
Baharuddin berkata, bagi penunggang motosikal, mereka dinasihatkan mengikat topi keledar dengan betul serta memasang lampu sepanjang masa dan mengenakan pakaian yang cerah jika menunggang pada waktu malam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan