Dungun: Seorang penunggang motorsikal yang dalam perjalanan ke kebun maut di hadapan kebun miliknya itu apabila terlibat dalam satu kealangan dengan sebuah lori kosong di di kilometer kilometer 22 Jalan Dungu-Kuantan.Kampaung Paya Kemudi petang Khamis lalu.
Mangsa yang dikatakan ke kebun untuk menambah bilangan pokok kelapa wangi yang diusahakan pada petang itu tidak kesampaian hajatnya apabila dilanggar lori setelah beliau membelok secara tiba-tiba ke kanan jalan.
Anak mangsa, Mohd Zin Deraman, 45, berkata, pada tengah hari kejadian mangsa sempat berbual-bua dengannya dan beria-ia ingin menanam pokok kelapa wangi yang dihantar oleh pejabat pertanian pada sebelah pagi kejadian.
Beliau tidak menyangka itulah perbualan terakhir terakhir dengan ayahnya, katanya yang tinggal berjiran dengan rumah ayanhnya.
Menurutnya lagi, sehari sebelum kejadian ayahnya berbual-bual dengan jiran-jiran di bahagian belakang rumah dan menyebut-menyebut mengenai kematian namun tidak menyangka itu petanda ayahnya akan meninggalkan mereka.
Pada petang kejadian mangsa seperti biasa turun ke kebun yang jaraknya tidak sampai 3 kilometer setelah selesai menunaikan solat asar dengan menaiki motorsikal dan tidak menanggalkan bakul pada motorsikalnya yang digunakan untuk mengisi rumput lembu peliharaannya kerana baru selesai memunggah rumpuh yang disabit.
Pemandu lori terbabit yang tidak mengalami apa-apa kecederaan, Mohd Zukeri Bidin, 38, yang ditemui di pekarangan hospital Dungun petang Rabu lalu, berkata, beliau dalam perjalanan ke Bandar Dungun untuk mengambil pekerja dari rumah di Kampung Tok Landok Ajil bersama anak lelaki beliau berumur 10 tahun.
Ketua Polis Daerah Dungun, Dahlan Mohd Noor, berkata, mangsa yang memandu motorsikal dihadapan sebuah lori yang dipandu dalam arah yang sama secara tiba-tiba membelok ke kanan menyebabkan pemandu lori berkenaan hilang kawalan dan terlanggar motorsikal mangsa.
Deraman Daud, 84, meninggal ditempat kejadian disebabkan kecederaan di bahagian kepala dan mayat beliau dihantar ke Hospital Dungun sejurus selepas kejadian untuk bedah siasat. Mayat mangsa dituntut keluarga jam 7.00 petang kejadian dan selamat dikebumikan pada jam 3.00 petang semalam di tanah perkuburan Padang Pulut.
50196 mayat mangsa di tempat kejadian
50191 mayat mangsa di tempat kejadian
50262 deraman daud (mangsa)
50215 mayat mangsa di tempat kejadian
50227 mayat mangsa di tempat kejadian
50205 motorsikal yang ditunggangi mangsa
50306 (anak mangsa ) Mohd Zin Deraman
berita ni akan keluar paper besok , Sabtu
BalasPadam