search berita di sini

orang ramai percaya Taman Selera dan Taman Permainan Teluk Lipat tidak lagi digenangi air di musim monson

benteng berbentung gelombang ombak sebagai penahan pasir yang ditambak, satu inisiatif yang turut mengindahkan kawasan tersebut

taman berkonsepkan pasir menjadi tarikan kepada kanak-kanak yang gemar bermain ditepian pantai
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun: Orang ramai khususnya peniaga di Taman Selera dan ibu bapa yang membawa kanak-kanak bermain di Taman Permainan Teluk Lipat Pantai yang digenangi air setiap kali musim monson dan ditimbuni sampah sarap, kayu kayan dan pasir dihanyutkan ombak lega dengan usaha yang dijalankan MPD bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi itu.

Tinjauan Edisi Timur di kawasan tersebut semalam mendapati taman Permainan Teluk Lipat berubah wajah dengan siapnya kerja meninggi kawasan taman tersebut dengan pasir yang dibenteng konkrit setinggi 5 kaki berbentuk gelombang ombak berbanding sebelum ini yang becak dan tidak menarik.

Bahagian hadapan Taman Selera yang dinaiki air ditinggikan 2 kaki dan kawasan taman permainan Teluk Lipat ditinggikan setinggi 5 kaki bagi mengelak dinaiki air manakala “lantai bata berumput” (grass apa entah orang panggil) dipasang bagi mengelak air bertakung lama yang juga turut mengindahkan landskap kawasan tersebut.

Penyewa gerai-gerai makan di Taman Selera MPD melahirkan kegembiraan dengan usaha MPD yang diharap dapat menyelesai maslah yang dihadapi mereka yang kehilangan pelanggan setiap kali musim tengkujuh tiba setelah kawasan kedai yang disewa ditakungi air dan dipenuhi sampah sarap dihanyutkan air ombak.

Penyewa kedai makan Taman Selera, Wan Rohani Wan Hassan, 53, berkata, usaha MPD memasang lantai batu bata berumput (grass ape tah..namanya) di bahagian hadapan kedai bukan sahaja mencantikkan kawasan juga dapat menyelesai maslah becak setiap kali hujan.

Katanya, setiap tahun apabila tiba musim tengkujuh peniaga akan kehilangan pelanggan disebabkan bahagian hadapan kedai ditakungi air namun setelah MPD meninggi bahagian tersebut beliau percaya masalah tersebut akan selesai.

“Walau bagaimanapun disebabkan banjir baru-baru ini tidak besar, beliau tidak dapat memastikan bahagian hadapan yang ditinggikan itu tidak ditenggelami air.

“Diharap kami tidak lagi berhadapan dengan masalah yang sama yang menjejaskan pendapatan kami setiap kali musim banjir tiba,” katanya.

Yaakub Hamat, 65, beliau berkata disebabkan air bertakung dalam kedai ada dikalangan peniaga terpaksa menutup kedai bermula bulan Oktober hinggalah Januari disebabkan jumlah kedatangan pelanggan amat sedikit.

“Usaha MPD meninggikan kawasan bahagian depan Taman Selera member harapan baru kepada penyewa yang lebih sepuluh tahun berhadapan dengan masalah tersebut semenjak Taman Selera dibuka.

Sementara itu seorang pengunjung, Nordin Mahmud, 42, berkata, usaha MPD meninggikan kawasan taman permainan dengan menambak pasir dengan berbentengkan pagar konkrit bukan sahaja mengelakkan kawasan tersebut daripada dinaiki air malah pengubah suaian Taman Permainan Teluk LIpat yang berkonsepkan “taman pasir” itu menjadikan kawasan tersebut unik dan menarik.

“Saya sebagai bapa yang sering membawa anak-anak bermain di persisir pantai tidak lagi perlu membawa mereka ke sana kerana anak-anak saya menggemari kawasan permainan tersebut yang dipenuhi pasir.

“Melalui konsep ini juga, kawasan persekitaran taman juga lebih bersih dan selamat kepada kanak-kanak jika terjatuh.

“Usaha yang dijalankan pihak berkuasa tempatan dengan menaiktaraf dan menyediakan kemudahan bagi keselesaan orang ramai perlu dihargai dan dijaga bersama,” katanya. END

40546: Yaakub Hamat

561: taman permainan berkonsep taman pasir

634: benteng penghadang pasir dalam taman permainan berbentuk gelombang ombak

647: lantai serapan air

1 ulasan:

  1. best jugak...tengok budak-budak main kat taman ni..berkubang dalam pasir macam tepi pantai....si ydp tu punya plan ala-ala pantai la main kat situ....ombak kan besar kat teluk lipat...he..he...

    BalasPadam