search berita di sini


Juara Rakyat peluang dekati masyarakat
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

Paka:  Orang ramai tidak melepaskan peluang menghadiri Majlis Juara Rakyat di Kampung Telaga Mas bagi mendapatkan khidmat nasihat kesihatan, melakukan pengesanan kanser pangkal rahim “pap smear” serta mempelajari teknik-teknik pemadaman api oleh kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Dungun dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Paka di baru-baru ini.
                Maizatul Akmal Hussain, 44, berkata, beliau tidak melepaskan peluang menghadiri majlis tersebut bila difahamkan oleh seorang rakan bahawa pihak Jabatan Kesihatan Daerah Dungun akan mengadakan penerangan kesihatan termasuk mengadakan “pep smear” secara percuma.
Beliau yang merupakan seorang surirumah sepenuh masa kepada suami yang bekerja sebagai nelayan berkata, sebelum ini beliau tidak mengetahui banyak berkaitan kanser pangkal rahim dan tidak pernah membuat ujian “pap smear” namun setelah diberi penerangan kakitangan pejabat kesihatan daerah beliau mengambil kesempatan melakukan ujian “pep smear” yang bakal diketahui nanti.



“Ujian “pep smear” tidaklah menyakitkan sebagaimana yang disangkakan saya selama ini malah saya berasa lebih yakin selepas melakukan ujian pep smear kerana akan dapat mengetahui hasil keputusan tidak lama lagi.
                 Majlis yang turut disempurnakan dengan pengagihan bantuan daripada pejabat kebajikan Masyarakat daerah Dungun kepada penduduk yang kurang bernasib baik dan dihadiri 300 penduduk dari 7 buah kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ariffin Abdullah di Kampung Telaga Mas baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan