search berita di sini

Pertandingan dam aji Piala Ketua Umno Bahagian Dungun

48 peserta menyertai pertandingan dam aji Piala Ketua Umno Bahagian Dungun
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

Rantau Abang: Permainan dam aji bukan satu permainan yang tidak berfaedah dan membuang masa sebagaimana tanggapan kebanyakan masyarakat umum malah dapat memupuk semangat setiakawan, mengeratkan hubungan kejiranan dan sebgainya, Umno Bahagian Dungun menganjurkan satu pertandingan yang berjaya menarik peserta dari parlimen Dungun seramai 48 peserta bertempat di Dataran Stesyen Teksi Jalan Pak Sabah baru-baru ini.

Peserta pertandingan, Abdul Jaafar Mubin, 45, berkata, beliau tertarik menyertai pertandingan tersebut bagi mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan

Beliau yang bekerja sebagai pemandu kereta sewa tidak menyangka memenangi tempat kedua dalam kategori B yang membawa pulang hadiah sebuah tv 21 inci walaupun jarang-jarang bermain dam aji bersama rakan-rakan di atas wakaf.

Pengerusi Persatuan Dam Aji daerah Dungun, Ramli Abdul Rahman, berkata ini adalah kali pertama persatuan menganjurkan pertandingan terutup untuk peserta dari daerah Dungun bagi merebut piala pusingan Datok Dr. Rosli Mat Hassan.
Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori A bagi peserta terpilih yang sudah dikenal pasti oleh pihak persatuan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan dam dan pernah menyertai pertandingan di peringakat negeri Terengganu sebelum ini manakala kategori B pula terbuka kepada semua peserta yang berminat dengan syarat penduduk daerah Dungun.

“Kita merasakan dam aji sebagai satu permainan masyarakat yang perlu dimartabatkan supaya persepsi masyarakat yang memandang serong terhadap permainan ini sebagai aktiviti tidak berfaedah dan membuang masa semata-mata.


“Permainan dam aji dianggap satu permainan yang sihat jika peserta mematuhi peraturan permainan ini yang tersendiri tidak sebagaimana permainan-permainan yang lain.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang memakan masa selama dua hari itu disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan.

Beliau berkata, pertandingan dam aji anjuran Pemuda UMNO Bahagian Dungun ini akan dianjur pada tahun-tahun yang akan datang bagi menjadikan ianya sebagai satu platform mengeratkan hubungan pelbagai golongan masyarakat tanpa mengira perbezaan fahaman dan parti.

Penganjuran pertandingan dam aji ini bukan sahaja mendapat sambutan hangat dikalangan peserta malah lebih seratus penonton hadir menyaksikan persaingan sengit antara peserta-peserta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan