search berita di sini

Lega bonggol dibina



pelajar tidak lagi bimbang melintas jalan
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:   Setelah beberapa kali kejadian yang tidak diingini berlaku ekoran kenderaan yang dipandu laju kini pelajar-pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 48 lega dengan pembinaan  bonggol di jalan berhadapan sekolah dua sesi itu yang membolehkan mereka melintas jalan dengan selamat.
Tinjauan Edisi Timur di jalan itu mendapati 2 buah bonggol dibina Jabatan Kerja Raya (JKR) pertengahan Mei, Edisi Timur sebelum ini pernah menyiar berita rungutan ibu bapa dan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 48 yang meminta pihak bertanggungjawab membina bonggol dan “zebra cross” bagi mengurangkan risiko kemalangan di kawasan itu.
Pelajar, Munirah Halim, 10, berkata, sebelum bonggol dibina beliau teramat takut untuk melintas jalan disebabkan kenderaan yang melalui jalan itu terutamanya di waktu balik sekolah jam 6.oo petang.
"Saya tidak akan melintas jalan tanpa dipandu pengawal sekolah," katanya yang lega dengan pembinaan bonggol jalan dihadapan sekolahnya itu.
Penduduk, Halim Husin, 48, berkata beliau berterima kasih dengan pihak bertanggungjawab yang prihatin dengan aduan yang dibuat dengan mengambil langkah  membina bonggol di kawasan itu.
"Sudah bertahun-tahun pihak ibu bapa dan guru-guru meminta pihak bertanggungjawab membina bonggol jalan berhampiran pintu masuk sekolah ini namun seringkali permintaan kami tidak diendahklan dengan bonggol jalan tidak dapat dibina kerana masalah status jalan.
"Setiap kali mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru diadakan, usul pembinaan bonggol jalan sentiasa dibangkitkan ibu bapa dan akhirnya permintaan kami ditunaikan.
"Selepas bonggol dibina para pelajar dapat melintas dengan selamat kerana kenderaan tidak lagi dipandu laju di kawasan ini,’ katanya lega. 
Bapa pelajar, Badrul Hasyim Mohamed, 44, berkata pembinaan bonggol di laluan ini memang bersesuaian kerana laluan ini juga menjadi laluan pintas kepada penduduk Kampung Gong Pasir dan Pak Sabah dari arah Paka bagi mengelak melalui jalan utama Dungun-Kuantan yang sibuk dengan pelbagai kenderaan.
Laluan ini juga menjadi pilihan kepada oaring ramai untuk ke Hospital Dungun, Masjid Pak Sabah tanpa melalui jalan utama berlampu isyarat.
Rosli Ramli, 38, selain daripada kesibukan kenderaan yang lalu lalang, keadaan jalan yang sempit memaksa ibu bapa dan pengusaha van sekolah meletak kenderaan di kedua belah bahu jalan menambahkan lagi kesesakan yang membahayakan keselamatan pelajar.
“Laluan ini sudah tiada ruang untuk diperbesarkan namun dengan adanya cross zebra dan bumper, pengguna kenderaan akan memperlahankan kenderaan mereka dan saya percaya keselamatan pelajar lebih terjamin.
“Dengan adanya ciri-ciri keselamatan ianya mengurangkan beban pengawal keselamatan yang berhadapan dengan sikap tidak prihatin sesetengah pemandu kenderaan yang memandu laju di laluan itu.
Pengguna jalan raya, Suhaiza Ramli, 33, berkata. selain daripada pembinaan bonggol adalah lebih wajar pihak berkuasa tempatan membuat garisan belang “zebra cross”   di laluan iberhampiran sekolah  bagi menambahkan lagi ciri-ciri keselamatan pengguan jalan ini terutamanya pelajar sekolah.
"Sesetengah pemandu tidak mengetahui terdapat sekolah berhampiran jalan ini, dengan adanya garisan belang "zebra cross" dan  ianya memberi peringatan kepada mereka untuk memperlahankan kenderaan," katanya. END

               


Tiada ulasan:

Catat Ulasan