search berita di sini

4598 peserta menyertai Sukan 100 JKKK Parlimen Dungun
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:     Program Juara Rakyat Sukan 100 JKKK Parlimen Dungun anjuran Umno Bahagian Dungun dengan kerjasama jabatan-jabatan kerajaan mendapat penyertaaan 4958 penduduk kampung dari empat Dun dalam parlimen Dungun.






            Lebih 15,000 orang ramai membanjiri Dataran Dewan Merdeka (DDM) bagi menyaksikan pertandingan yang pertama kali diadakan serta dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datok Shabery
Chik.
Ahli Jawatankuasa Kampung (AJK) Kampung Sungai Buaya dan Kampung Indah Permai yang memenangi tempat pertama dan kedua dalam acara keseluruhan menerima hadiah berupa tiket percutian ke negara China.
            Para peserta berentap dalam 6 acara sukan yang dipertandingkan iaitu futsal belia dan veteran, bola jaring, sepak raga ratus, bowling kelapa wanita dan lelaki, tarik tali wanita dan lelaki, bola cetong wanita dan lelaki dan dam aji.
            Sukan 100 JKKK Parlimen Dungun turut dimeriahkan dengan pertandingan perbarisan yang dimenangi oleh Kontijen Kampung Pasir Raja, tempat kedua Kontijen Felda Kerteh 4 A  dan tempat ketiga Kontijen Kampung Telaga Mas.
            Acara pertandingan dimulakan dengan perlawanan futsal 6 sebelah persahabatan antara pasukan futsal Kementerian Belia dan Sukan yang turut dianggotai Menteri Belia dan Sukan Datok Sabri Chik dengan pasukan futsal Umno Bahagian Dungun dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Kementerian Belia dan Sukan.
            Dun Paka diishtiharkan sebagai Dun terbaik berdasarkan penghantaran penuh daripada seluruh JKKK iaitu 29 kampung di dalam kawasan DUN Paka.
            Pengerusi JKKK Telaga Mas, Ali Mohamad, berkata, penganjuran sukan yang menghimpunkan penduduk kampung dari seluruh Dun di kawasan Dungun selain memupuk semangat bekerjasama dalam satu pasukan ianya juga menjadi medan kepada masyarakat menjalinkan hubungan silaturrahim.
            Pengerusi JKKK Kampung Sri Aman Kerteh 3, Alias Mamat, berkata, pertandingan yang turut menjadikan sukan rakyat sebagai acara pertandingan wajar dijadikan sebagai acara tahunan bagi memastikan sukan rakyat tidak hanya dimainkan diperingkat kampung sahaja malah sukan rakyat juga setaraf dengan permainan lain.
            “Permainan dam aji begitu popular di kalangan masyarakat khususnya di kalangan generasi berumur namun disebabkan tiada pertandingan sebagaimana yang dianjurkan pada hari ini, permainan dam aji semakin dilupakan generasi muda.
            “Penglibatan pemimpin tempatan bersama-sama dan jabatan kerajaan  menjayakan program ini secara tidak langsung memberi peluang kepada penduduk kampung menyalurkan maslah yang dihadapi.
            Pengerusi JKKK Kampung Batu Tiong, Rosli Che Hassan, berkata,permainan sukan rakyat mempunyai peraturan tersendiri sebagaimana permainan lain yang kebanyakannya tidak diketahui oleh masyarakat.
            “Melalui penganjuran sukan rakyat sebegini ianya dapat memberi pendedahan
peraturan permainan sukan rakyat yang sewajarnya diselaraskan memandangkan sukan rakyat semakin popular dan semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat.
Pengerusi JKKK Taman Santong Paka, Wang Mong Choi, berkata, penglibatan peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat mengeratkan perpaduan serta menyemarakkan semangat 1 Malaysia dalam masyarakat.
            Sementara itu, Pegawai Daerah Dungun, berkata, dengan adanya program sebegini rupa ianya dapat dilihat bagaimana kerjasama wujud antara JKKK itu sendiri dan juga antara jabatan-jabatan kerajaan bagi menjayakan program yang pertama kali dianjurkan itu
Datok Sabri Chik yang hadir merasmikan program turut menyampaikan geran lot tanah perumahan kepada atlit bertaraf dunia yang juga anak jati Kampung Chetok Dungun; Azizul Hasni Awang sebagai penghargaan di atas pencapaian beliau dalam sukan berbasikal khususnya dalam acara kirin.
Datok Sabri Chik turut menyampaikan cek Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM 2 Juta kepada Exco Belia dan Sukan Negeri Terengganu Rozi Mamat untuk Pembinaan Pusat Kecemerlangan Berbasikal Dungun.
Turut hadir di majlis itu Ketua Juara Rakyat Parlimen Dungun, Datok Zaaba Datok Mohd Adib, Ahli Parlimen Dungun Matulidi Jusoh, Exco Belia dan Sukan negeri Terengganu Rozi Mamat, Pegawai Daerah Dungun Mustofa Abdul Rahman.
END
Caption:
2817; 2818; 2834: 2829: 2830: 2834:Penyerang pasukan futsal Kementerian Belia dan Sukan; Datok Sabri Chik

mengasak penjaga gol pasukan Umno Bahagian Dungunl; Ahli Parlimen Dungun; Matulidi Jusoh dalam perlawanan pembukaan Sukan 100 JKKK Parlimen Dungun




2839: Tendangan Datok sabri gagal ditepis penjaga gol Umno Bahagian Dungun Ahli Parlimen Dungun Matulidi Jusoh
2819:2820:2821:2822: accident sabri (baju merah)dan matulidi(baju Putih):
2908: pasukan futsal Kementerian Belia dan Sukan bergambar dan Pasukan Futsal Umno Bahagian Dungun bergambar selepas perlawanan
3503; 3502; JKKK Kampung Sungai Buaya merai kemenangan sebagai johan pertandingan
3484: Atlit JKKK Kampung Sungai Buaya di saat diumumkan menjadi johan pertandingan keseluruhan Sukan 100 JKKK Parliemen Dungun
3462; peserta sanggup berpanas menunggu keputusan perrtandingan diumumkan
3452; Pasukan tarik tali Kampung Seberang Pintasan menjadi juara pertandingan tarik tali kategori lelaki
3425;3427;Pasukan Tarik Tali Kampung Seberang Pintasan bersalaman selesai pertandingan
3429;3434; Seorang peserta yang hampir pengsan diusung mendapatkan rawatan gara-gara pertandingan tarik tali 
3416: Datok Zaaba Datok Mohd Adib meniup wisel semasa mengadili pertandingan akhir tarik tali lelaki dengan kemengan berpihak kepada pasukan Kampung Seberang Pintasan
3391;3388;3372;Aksi Pasukan tarik tali Kampung Seberang yang menjuarai pertandingan tarik tali lelaki
3381;3380;3372; 2925; 2939;Pegawai Daerah Dungun; Mustofa Abdul Rahman (berbaju kuning, berkaca mata dan berjanggut) menjadi pengadil pertandingan akhir tarik tali lelaki pusingan pertama
3360: 2976; aksi salah seorang peserta tarik tali (dipanggil penunggul pasukan)
3331;lebih 10,000 orang ramai membanjiri padang Dataran Dewan Merdeka (DDM) menyaksikan pertandingan sukan 100 JKKK Parlimen Dungun yang berlangsung selama 3 hari.
3318;3308: pertandingan tarik tali kategori wanita tidak kurang hebatnya.
3274: pasukan bola jaring Kampung Kuala Paka berpelukan meraikan kemenangan
3326: 3257aksi peserta dari Kampung Wa yang mendapat tempat ke dua dalam pertandingan bowling buah kelapa
3236; 3226;3216;Pertandingan bowling kelapa wanita
3203; 3191;Aksi peserta pertandingan bowling kelapa kategori lelaki
3292; 3294; Pertandingan sukan 100 JKKK menarik lebih 10,000 membanjiri padang Dataran Dewan Merdeka (DDM)


2661: JKK Taman Indah Permai Mahusin Taib mengetuai pembacaan ikrar
2619: 2606: Azizul Husni menunjukkan geran tanah yang diterima
2518: Datok Sabri menyampaikan cek RM 2 juta untuk pembinaan pusat kecemerlangan berbasikal Dungun kepada Exco Belia dan Sukan Negeri Terengganu Rozi Mamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan