search berita di sini

Stesyen bas Dungun tiada kemudahan surau

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun: Orang ramai meminta pihak berkuasa tempatan menyediakan kemudahan surau dan ruang menyimpan beg di Stesyen Bas Kuala Dungun bagi memberi keselesaan kepada orang ramai untuk menunaikan sembahyang memandangkan tiada ruangan solat disediakan di stesyen bas berkenaan.

Pelajar, Rosnah Ismail, 22, berkata, beliau terpaksa pergi menunaikan solat di Masjid Sungai Udang yang agak jauh daripada stesyen bas berkenaan.

“Ianya mendatangkan masalah kepada penumpang perempuan terutama sekali penumpang yang menaiki bas pada waktu malam.

Maimunah Hamat, 50, berkata, beliau meminta pihak berkuasa tempatan menyegerakan penyediaan sebuah rungan solat untuk kegunaan orang awam terutama sekali golongan warga emas sepertinya yang menghadapi kesulitan untuk pergi ke Masjid Sungai Udang dengan terpaksa menyeberang jalan yang sibuk dengan pelbagai kenderaan.

Seorang penjaga kaunter tiket, Shamsiah Hussin, 23, berkata orang ramai sering bersungut dan bertanya kepada penjaga kaunter tiket tempat menunakan solat terutama sekali untuk menunaikan solat Isyak dan maghrib.

“Sebuah stesyen bas yang merupakan tempat penting kepada orang ramai perlu diadakan kemudahan surau untuk kemudahan orang ramai terutamanya kepada golongan warga emas yang menghadapi kesulitan untuk ke masjid yang terletak jauh dan memerlukan mereka melintas dua batang jalan raya yang sibuk.

“Di stesyen yang asal di Jalan Baru Pak Sabah terdapat kemudahan surau dan kemudahan asas yang lain namun kami terpaksa berpinda kerana dikatakan menimbulkan kesesakan lalu lintas di jalan Baru Pak Sabah.

“Sepatutnya pihak berkuasa tempatan menyediakan kemudahan asas yang mencukupi sebelum arahan pindah dikeluarkan.

Pelajar Uitm Cawangan Dungun, Mustakim Nordin, 22, berkata, beliau menghadapi kesukaran untuk menunaikan solat Isyak kerana menyangka stesyen bas tersebut mempunyai sebuah surau sebagaimana stesyen bas yang lain.

“Saya faham stesyen bas ini baru dibuka kepada orang awam January lalu namun pihak berkuasa tempatan perlu membuat persediaan awal sebelum perpindahan stesyen dilakukan.

“Bagi golonga lelaki dewasa seperti saya ianya tidak berapa membebankan namun bagi golongan warga emas dan kaum wanita sudah tentu ketiadaan surau mendatangkan masalah kepada mereka kerana terpaksa pergi jauh untuk menunaikan solat lebih-lebih lagi di waktu malam.

1 ulasan:

  1. Catatan ini dubuat pada bulan Mac. Mpd telah membina sebuah surau dibelakang tandas....pada awal April...sila lah ke surau di belakang tandas untuk sembahyang...

    BalasPadam