Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun: Pengusaha bot laut dalam meminta pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengkaji semula pelaksanaan penguatkuasaan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) oleh Jabatan Emigresen Malaysia untuk penggunaan kru asing dalam industri perikanan tangkapan yang dikatakan membebankan pengusaha bot disebabkan kos kelulusan permohonan yang terlalu tinggi dan tempoh yang diberikan terlalu singkat.
Pengerusi Persatuan Nelayan Dungun, Mat Yassim Mohamed, 49, berkata, mengikut arahan yang dikeluarkan dan akan berkuatkuasa sepenuhnya bermula 1 Jun 2010 nanti, kru asing yang diambil bekerja diwajibkan memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang dikeluarkan Jabatan Imegresen Malaysia bagi menggantikan permit kerja Semi Pas sebagaimana yang dimiliki kru asing sekarang ini.
Beliau berkata, pengusaha bot laut dalam perlu menanggung kos mendapatkan PLKS yang hampir mencecah seribu ringgit bagi setiap pekerja asing yang diambil bekerja manakala prosedur bagi mendapatkan pas tersebut terlalu lama berbanding tempoh mendapatkan pas biasa sekarang ini hanya boleh disiapkan dalam masa sehari sahaja.
“Sebelum ini kru asing yang diambil bekerja hanya perlu memiliki semi pas (pas sementara) yang dikeluarkan negara asal kru asing bagi membolehkan kru terbabit mendaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia. Ianya diproses tanpa dikenakan bayaran levi (percuma) manakala kelulusan tersebut dibuat oleh Ketua Daerah Perikanan sahaja dan tidak membabitkan Jabatan Imegresen.
“Bagi mendapatkan PLKS setiap kru asing, pengusaha bot perlu berhabis RM 1000 untuk kos levi, wang cagaran (bank guarantee), insurans polisi, lapuran perubatan dan termasuk kos mendapatkan kru asing di negara sal mereka. tempoh kelulusannya memakan masa hingga 37 hari bagi kru asing yang telah memasuki Malaysia manakala 67 hari bagi permohonan kru asing yang belum memasuki Malaysia berbanding kelulusan pas semi yang hanya memakan masa selama satu hari sahaja.
Kegagalan pihak KDN melanjutkan tarikh pelaksanaan penguatkuasaan pada 1 Jun 2010 dan mengurangkan kos mendapatkan PLKS akan menyebabkan pengusaha bot laut dalam gagal memastikan kru asing mereka memiliki PLKS yang secara tidak langsung mengganggu operasi menangkap ikan sebagaimana biasa, menyebabkan bekalan ikan berkurangan dalam pasaran.
“Kami akur dan bersetuju dengan perlaksanaan PLKS bagi mengawal kemasukan penadatang asing tanpa permit, namun dengan kadar kos yang tinggi pihak majikan tidak mampu menanggung kos mendapatkan permit PLKS yang boleh menyebabkan bilangan kes pendatang asing bekerja tanpa permit akan meningkat.
Beliau sendiri perlu mencari sumber kewangan sebanyak RM 40, 000 bagi mendapatkan PLKS untuk kru asing 2 buah bot C yang dimiliki beliau, .
Beliau berkata, bagi memastikan kru kami memiliki memiliki PLKS sebelum 1 Jun kami perlu menyediakan wang yang mencukupi sebelum berakhirnya April 1010 kerana proses untuk mendapatkan PLKS memakan masa 37 hari
“Dimana kami hendak mencari wang sebanyak itu, saya memohon tempoh penguatkuasaan perlaksanaan PLKS dilanjutkan hingga 1 Disember bagi membolehkan kami mencari sumber kewangan bagi memastikan kru kami memiliki PLKS, katanya.
Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (PENENTU), Tuan Kechik Tuan Husin, 60, berkata, berkata, menyedari bebanan yang bakal ditanggung, ahli-ahli Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (PENENTU) sebulat suara menghantar surat rayuan kepada Ketua Pengarah Perikanan Kementerian Pertanian dan Asas Tani supaya tempoh pelaksanaan penguatkuasaan pas lawatan kerja sementara (PLKS) oleh Jabatan Imegresen Malaysia dilanjutkan.
“Pada 23 February 2010 Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Setiausaha Politik kementerian tersebut, Dato’ Mohammad Shafie Asnawi telah menyokong rayuan yang dibuat kepada Ketua Pengarah Perikanan Kementerian Pertanian dan Asas Tani tersebut bagi diambil tindakan selanjutnya.
Saya sebagai pengerusi PENENTU merayu tempoh kepada KDN melanjutkan tempoh penguatkuasaaan perlaksanaan pada 1 Jun ke 1 disember 2010 bagi memberi masa yang mencukupi untuk pengusaha-pengusaha bot laut daam mencari sumber kewangan untuk membiayai kos mendapatkan PLKS kru asing yang bekerja dengan mereka.
Seorang lagi pengusaha bot laut dalam dari dari daerah Kuala Terengganu, Mansur Ngah, 60, berkata beliau perlu menyediakan perbelanjaan sebanyak RM 40, 000 untuk urusan permohonan mendapatkan PLKS 45 orang kru asing bot c 2 yangdimilikinya.
“Dengan tempoh dua bulan yang diberikan kami tidak mampu mengumpul duit sebanyak itu,” katanya yang bimbang kru asing yang bekerja dengannya diambil tindakan jika gagal berbuat demikian sebelum 1 Jun ini.
Pengusaha bot laut dalam Kuala Besut, Abd. Rahim Ghazali, 40, Abd. Rahim Ghazali, 40, berkata, beliau yang memiliki 2 buah bot C mati akal mencari sumber kewangan sebanyak RM 10, 000 dalam waktu terdekat bagi mengelakkan dikenakan denda dan mengalami kerugian kehilangan kru nelayan asing jika gagal berbuat demikian.
Saya perlu menyediakan perbelanjaan tersebut sebelum berakhirnya Mei 2010 kerana proses mendapatkan PLKS memakan masa selama 37 hari.
“Kami merayu pihak berkuasa mengkaji balik penguatkuasaan PLKS ini dan seboleh yang mungkin tempoh perlaksanaan penguatkuasaan dilanjutkan tempoh dan kos levi dikurangkan memandangkan kami tidak mampu menyediakan kos perbelanjaan bagi memastikan kru yang dimiliki memilki PLKS sebelum 1 Jun ini,” katanya selepas menghadiri Taklimat Kru Asing bersama Jabatan Perikanan, LKIM, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu dan agensi-agensi lain yang terlibat di Kuala Terengganu Tengah hari Isnin (23 Mac 2010). END
MEREKA YANG DINTERVIEW ADALAH AHLI PENENTU
CAPTION:
P1010992: Pengerusi Persatuan Nelayan Dungun, Mat Yassim Mohamed
10994, 50945, 50946: Mat Yassim menunjukkan surat sokongan rayuan daripada menteri pertanian dan industry asas tani Malaysia terhadap rayuan yang dibuat PENENTU kepada Ketua Pengarah Perikanan Kmenterian Pertanian dan Asa Tani bagi melanjutkan tempoh pelaksanaan penguatkuasaan PLKS oleh jabatan emigresen Malaysia untuk penggunaan kru asing dalam industry perikanan tangkapan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan