search berita di sini

Larangan mandi di Pantai Teluk Lipat tidak diendah pengunjung

Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail

Dungun: Sikap orang ramai yang tidak mengendah amaran larangan mandi yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan di Pantai Teluk Lipat membahayakan keselamatan mereka sendiri.
          Tinjauan Edisi Timur di pantai berkenaan mendapati orang ramai mandi manda walaupun terdapat 4 papan larangan mandi dipasang MPD awal semenjak awal January lalu.
          Musliha salleh, 38, berkata, kebanyakan pengunjung yang mandi manda di pantai Teluk Lipat ialah pengunjung luar, mereka teruja dengan keindahan pantai yang bersih tanpa mengetahui risiko sebenar mandi di pantai tersebut namun begitu terdapat juga pengunjung tempatan yang tidak mengendahkan amaran larangan mandi.
          Pihak berkuasa tempatan perlu meletak papan tanda dengan lebih banyak memandangkan sekarang ini hanya terdapat empat papan tanda di pantai tersebut. Tiada papan tanda diletak di kawasan pantai berhampiran beberapa buah resort yang menjadi penginapan pengunjung luar, mereka sering kali mandi-manda disebabkan tidak mengetahui kawasan tersebut merbahaya untuk aktiviti sedemikian
.
         Seorang pengunjung dari Kelantan, Irfan Nordin, 24, berkata, beliau melihat ramai pengunjung mandi mandi disebelah petang dan tidak tahu bahawa kawasan pantai teluk lipat adalah kawasan larangan mandi.
         Beliau yang mengikuti kursus anjuran sebuah jabatan menginap selama 3 hari di sebuah resort berdekatan pantai teluk lipat bersama rakan-rakan mengguna masa terluang di waktu petang dengan mandi manda dan terpinga-pinga apabila dimaklumkan bahawa orang ramai dilarang mandi di pantai tersebut disebabkan sudah berlaku banyak kematian disebabkan lemas.
        “Saya tidak akan mandi mandi jika mengetahui terlebih dahulu larangan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan apatah jika mengetahui bahaya yang sedang menunggu dengan berbuat demikian.
        “Pihak berkuasa tempatan perlu memasang lebih banyak papan tanda di pantai teluk lipat terutama sekali berdekatan resort penginapan yang dikunjungi pengunjung luar seperti kami.
          Yang Dipertua MPD, Zainal Abidin Hussin, berkata, beliau kesal dengan sikap pengunjung yang tidak mengendahkan larangan mandi di pantai berkenaan yang tidak lagi selamat dengan keadaan ombak dan arus yang berbahaya.
         Edisi Timur pada 10 February menyiarkan berita langkah proaktif Majlis Perbandaran Dungun (MPD) meletakkan papan tanda larangan mandi di beberapa kawasan strategik di Pantai Teluk Lipat yang melegakan orang ramai yang bimbang dengan peningkatan kejadian lemas terutamanya membabitkan pelancong luar.
          Peniaga gerai, Ismail Abdullah, 40, berkata papan tanda larangan mandi tersebut memang baik, namun usaha yang dilakukan pihak PBT akan sia-sia jika larangan tersebut tidak diendahkan pengunjung.
          Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Penguasa Bomba Suki Annuar, berkata orang ramai seharusnya mematuhi arahan yang dikeluarkan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini
         Sikap pengunjung tempatan yang kebanyakannya sudah maklum kawasan pantai tersebut merbahaya kepada aktiviti mandi-manda seolah-olah sengaja mencari nahas dan memperlekeh larangan yang dikeluarkan PBT.

1 ulasan: