Kemunculan sebuah buku yang membicarakan Adun-Adun di Terengganu pertengahan March 2010 menghangatkan rona politik tempatan yang bergelombang dengan pelbagai isu silih berganti di peringkat bahagian sendiri sekalipun.
Kemunculannya menimbulkan pertanyaan kepada banyak pihak terutama di bahagian Dungun sendiri..Buku setebal 371 muka surat tulisan beberapa orang bloggers dikatakan sesetengah pihak tidak mempunyai nilai pembangunan penulisan yang sewajarnya. Di sesetengah pihak yang lain pula, kandungannya dikatakan terlalu mendalam, berani dan bertepatan bagi membongkar apa yang di dakwa tersirat oleh mereka....walau apapun buku setebal itu tidak lain dan tidak bukan merupakan kompilasi blogers semata-mata.
Tidak hairanlah seorang Adun yang ditemui, hanya sekadar membelek-belek sahaja kerana mendakwa apa yang tertulis sudah dirtahu motif dan tujuannya.
Setelah apa yang diutarakan beberpa bloggers terbabit, ramai pihak mula tertanya-tanya siapakah peneraju utama penerbitan buku tersebut selain daripada apa yang didakwa pihak editor.
Ramai yang membuat tekaan dan pelbagai andaian muali meghurungi benak fikiran sesiapapun jua yang pertama kali membelek-belek buku yang beratus jumlah helaiannya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan