search berita di sini

Relevenkah UMNO dengan imej sedia ada

apa komen anda....penulis sedang menggarap isu ini dari pandangan peribadi....

       Penulis pernah terbaca satu buku yang memperkatakan imej UMNO dari segi "kelevenan" dari perspektif semasa. Diantara lain penulis buku tersebut yang pernah menjawat jawatan wartawan dan menjadi penulis politik walupun di hari yang semakin senja berkata, memperbaiki imej pemimpin dan parti sahaja tidak memadai kalau tidak disusuli dengan gerak kerja yang berkesan terutama menjaga kebajikan rakyat dengan ikhlas dan selalu mendampingi mereka....
      Sesiapapun akan bersetuju dengan apa yang diperkatakan penulis tersebut, namun berapa keratkah ahli dewan undangan negeri yang bersikap sedemikian...
      Tepuk dada, tengoklah di kawasan dewan undangan masing-masing. berapa kali agaknya mata ahli yang berhormat turun bertemu mata dengan rakyat yang diwakilinya, kalau tidakpun pengundi yang memangkah pada kotak yang tertera nama mereka di hari undi yang dirayakan hampir empat tahun dahulu.
      Apa yang diharapkan rakyat kepada ahli berhormat yang dipangkah dihari undi dahulu bila banjir mula menenggelamkan peralatan rumah, apa yang terlintas di fikiran rakyat jelata kepada ahli yang berhormat di saat mereka kehilangan rumah dijilat api hingga tinggal sehelai sepinggang "orang kelantan panggil sehelai sepunggung", apa yang diharapkan mereka di berbagai-bagai lagi saat yang menghibakan, meluluhkan perasaan sesiapa yang menatap...
      Apa yang mereka harapkan tidak lain dan tidak bukan, wakil rakyat ada dalam keadaan demikian tidak kira di bawah kawasan siapa dan parti mana........
       Kepada siapa lagi hendak mereka mengadukan permasalahan jika tidak kepada wakil mereka.....nama lagipun wakil rakyat....tak kanlah di masa ditimpa musibah tidak menjenguk.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan