search berita di sini


Bazar Ramadhan 2010
        470 gerai disediakan Majlis Perbandaran Dungun  (MPD) di 5 buah bazaar ramaadhan iaitu di Bazar Ramadhan Nibong (40), Bazar Ramadhan Sura Gate, (200),  Bazar Ramadhan Bt 48, (60), Bazar Ramadhan Pusat Perniagaan Sura Gate, (70) barang keperluan raya sahaja dan Bazar Ramadhan Paka (100) dengan kadar sewa serendah RM 3 sehari.
       Memastikan pengurusan bazar Ramadan berjalan lancar dan memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai, MPD mempereratkan usaha pemantauan bersama-sama Persatuan Kebajikan Pasar Minggu Dan Pasar Malam Daerah Dungun (KEPPAMIN) dengan melantik seorang ahli KEPPAMIN sebagai ketua di setiap bazar ramadhan bagi memastikan peniaga-peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan terutamanya penjagaan kebersihan di gerai masing-masing.
Yang Dipertua (YDP) MPD, Zainal Abidin Hussin, berkata, walaupun berpuas hati dengan tahap kebersihan di 5 bazar Ramadan namun begitu pengendali makanan diingatkan agar sentiasa mengutamakan kebersihan bagi mengelak berlakunya keracunan makanan serta menjaga imej bandar Dungun sebagai sebuah bandar pelancongan yang bersih.
Beliau meminta peniaga mematuhi waktu beroperasi yang ditetapkan iaitu dari jam 3.00 petang hingga 8.00 malam supaya tidak mengganggu kerja-kerja pengurusan terutamanya kerja-kerja pembersihan tapak bazar ramadhan.
Bagi mengelak berlaku kesesakan dan memudahkan orang ramai MPD dan peniaga MPD memperuntukkan bazaar ramadhan di Pusat Perniagaan Sura Gate yang menempatkan 70 peniaga khusus kepada barang-barang keperluan hari raya seperti kuih muih sahaja.
“Kita bersama-sama ahli KEPPAMIN yang juga sebagai pemajak bazaar ramadhan mempertingkatkan kempen penjagaan kebersihan seperti pemakaian apron, suntikan antibiotic termasuk penganjuran dua kursus pengurusan dan penjagaan kebersihan gerai kepada para peniaga pasar ramadhan di Dewan Sivik BAtu 48 dan di Dewan Pasar Minggu Paka yang turut melibatkan pejabat kesihatan daerah dungun.
Pengerusi KEPPAMIN, Hassan Abdul Aziz, 46, berkata, beliau agak terkilan dengan jumlah kedatangan peserta seramai 200 daripada 400 lebih peniaga makanan di daerah Dungun sedangkan kursus yang dianjurkan memberi banyak manfaat kepada mereka.
 “Semenjak bazar ramadhan dibuka,terdapat dua peniaga didenda kerana tidak mengambil suntikan berbanding pada musim ramadhan di tahun lepas iaitu terdapat 8 saman dikeluarkan kerana tidak menjaga kebersihan termasuk tidak memakai tutup kepala juga peniaga ayam golek yang dikompaun kerana menimbulkan masaslah pencemaran bau yang berpunca dari sikap sambil lewa peniaga yang tidak memasang alas di tempat membakar ayam.
 “Sebagai wakil peniaga saya amat berterima kasih dengan keprihatinan MPD menambah beberapa kemudahan di bazar ramadhan termasuk penyediaan tandas dan ruangan solat di pasar Ramadhan Paka yang memberi keselesaaan kepada peniaga khususnya peniaga yang uzur tanpa perlu ke  Masjid Jamek Paka sebagai mana sebelum ini.
“Peniaga di minta mempamerkan tanda harga kerana melalui pemantauan yang dilakukan didapati masih terdapat ramai peniaga tidak meletak tanda harga yang boleh meyebabkan mereka dikenakan tindakan oleh pihak KPPDNKK.
“Hasil pemeriksaan pegawai kesihatan di gerai-gerai di bazaar ramadhan kita mendapati kebanyakan gerai mendapat status A berbanding tahun lepad yang kebanyakannya mendapat gred B, ini menunjukkan para peniaga semakin sedar tentang kepentingan penjagaan kebersihan.
Peniaga Hadaniah Annuar, 44, berkata, beliau amat berterima kasih dengan MPD dan KEPPAMIN yang prihatin membenarkan peniaga membayar sewa gerai sebanyak RM 3 setiap kali tamat waktu berniaga yang kurang membebankan kami berbanding bayaran secara bulanan.



           


Tiada ulasan:

Catat Ulasan