Tidak puas hati
Lewat malam semalam penulis dikhabarkan sesuatu perkara yang agak kurang menyenangkan untuk didengar. Dikhabarkan terdapat seseorang yang "tidak puas hati' dengan penulis namun tidak dikatakan pula apa yang tidak dipuashatikan itu.
Seingat penulis tidak pernah penulis menulis, bercakap mengenai diri beliau yang tidak menyenangkan hati. Apatah lagi mengadu dumba malah tiada apa-apa kepentingan mahupun hubungan diantara penulis dan beliau selain daripada menjadi penghuni dalam sebuah kawasan taman perumahan yang mempunyai lebih 700 buah keluarga.
Namun terdetik juga di hati ingin bertanya lebih lanjut kebenaran ketidak senangan yang dikhabarkan lewat malam semalam (30 Ogos 2010) jam kira-kira hampir 12 malam itu.
Penulis cuba menghubungi rakan kepada pembawa khabar yang kurang enak didengar kerana mahu bertanyakan secara lebih mendalam tetapi tidak berjawab.
Mungkin ini merupakan provokasi yang bertujuan memancing kemarahan dalam diri penulis. Mengelak kekecohan penulis membatalkan niat dan berserah namun penulis percaya, suatu masa akan tahu juga perkara yang sebenarnya.
Cuma yang terfikir di fikiran penulis beberapa persoalan dan kebarangkalian iaitu apa tujuan berita disampaikan kepada penulis adakah kerana sebagai percubaan mewujudkan suasana yang tidak baik.
.....Bertindak tanpa berfikir panjang adalah merugikan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan