Dungun: Menyedari kepentingan menghulurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan dan masalah kekurangan bekalan darah yang kritikal sekarang ini, Persatuan Bulan Sabit Merah Chapter UiTM Terengganu dengan kerjasam HSNZ sekali lagi menganjurkan program “Jom Derma Darah” yang berlangsung selama dua hari di Kampus Cawangan Dungun.
Seramai 290 pints darah yang amat diperlukan oleh pihak hospital berjaya dikumpul hasil derma kakitangan dan pelajar UiTM Cawangan Dungun.
Pelajar, Mohd Azmi Ismail, 20, berkata kesedaran untuk turut serta menderma darah timbul setelah beliau membaca laporan akhbar baru-baru ini yang mengatakan pihak hospital menghadapi masalah kekurangan bekalan darah berbanding bilangan pesakit yang amat memerlukan semakin bertambah.
Beliau yang pertama kali menderma darah turut menyarankan aktiviti ceramah dan kempen kesedaran perlu diadakan dengan lebih kerap bagi menimbulkan kesedaran masyarakat terutamanya pelajar tentang kepentingan menderma darah.
“Kempen sebegini juga dapat menarik minat pelajar terutamanya pelajar-pelajar tahun satu yang baru memulakan pengajian untuk turut serta menganggotai perastuan bulan sabit merah yang difahamkan menganjur pelbagai program di kampus ini.
Naib Pengerusi 1 PBSM Chapter UiTM Terengganu, Mohamed Ishak Badarudin Rais, berkata kempen ini adalah pembuka tirai kepada program-program persatuan yang akan berlangusng dari semasa ke semasa sepanjang 2010 ini.
“Kempen ini diadakan pada hari Rabu dan Khamis bagi memudahkan pelajar menghadiri setelah tamat waktu kuliah.
Menurutnya seramai 345 porang yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar UiTM Kampus Dungun telah mendaftar dan diperiksa untuk menderma darah dan 290 pints bekalan darah berjaya dikumpul.
“Pihak kami senantiasa menganjurkan pelbagai program yang bukan sahaja melibatkan pelajar kampus sahaja malah kami turut menganjurkan program bersama-sama masyarakat setempat contohnya lawatan ke rumah orang-orang tua, ceramah kesihatan, program kampung angkat dan sebagainya.
“Baru-baru ini, pihak persatuan bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah berjaya mengumpul sebanyak RM 5200.00 hasil kutipan derma untuk mangsa bencana gempa bumi di Padang, Indonesia hasil keprihatianan pelajar dan kakitangan kampus. end.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan