Paka: 263 peserta projek tanam semula kelapa sawit peringkat pertamadi Felda Kerteh 3 kesal dengan pengurusan pihak FELDA yang dikatakan gagal menguruskan ladang kelapa sawit seluas 2630 ekar yang diserah peserta bagi projek tanam semula pada awal 2009 dengn baik.
Tinjauan Edisi Timur di ladang terbabit mendapati pokok-pokok sawit yang ditanam 6 bulan lalu (ogos 2009) bagaikan hidup segan mati tak mahu dengan daun yang kekuningan, ditenggelami semak samun yang membantutkan pembesaran pokok-pokok sawit di ladang tersebut, sebahagian pokok sawit dirosakkan tikus dan sebahagian tanah yang diserahkan penduduk masih kosong tidak ditanam pokok sawit walaupun tempoh penanaman yang dilanjutkan telah berakhir sebagaimana didakwa peserta projek tanam semula sawit tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Kerteh 3, Ghozali Mamat, 55, berkata, sebagai peserta dan individu yang berperanan meyakinkan penduduk kerteh 3 bagi menarik penduduk menjadi peserta menyertai projek tanam semula sebelum projek tersebut dimulakan awal tahun lepas beliau merasa amat kecewa dengan pengurusan ladang peserta-peserta terbabit yang tidak sebagaimana yang dijanjikan semasa penyerahan ladang mereka sebelum ini.
“Pihak FELDA berjanji akan melakukan penjagaan serta pembajaan yang rapi dan berkala dari semasa ke semasa bagi memastikan tanah ladang yang diserahkan kami dapat mengeluarkan hasil dalam tempoh yang singkat iaitu 36 bulan.
“Peserta memberi kepercayaan penuh kepada pihak FELDA membangunkan ladang mereka disebabkan kebanyakan peserta tidak berkemampuan mengusahakan ladang masing-masing namun apa yang berlaku sekarang ini ianya amat mendukacitakan peserta-peserta.
Menurut beliau, ladang sawit di kerteh 3 yang diteroka 1981 sudah tidak produktif dan pada awal 2009 peneroka mendapat tawaran daripada FELDA untuk menyertai projek tanam semula yang dijadualkan akan dilaksana dalam 2 peringkat iaitu pertengahan 2009 dan awal 2011.
Seramai 263 menerima tawaran tersebut dan menjadi peserta projek tanam semula peringkat satu yang bermula awal 2009 manakala 53 peneroka memilih untuk mengusahakan sendiri ladang mereka namun begitu peserta projek tanaman semula kecewa dengan apa yang berlaku setelah menyertai projek tersebut.
Peserta kecewa dengan kerja penanaman kelapa sawit di ladang yang masih tidak selesai walaupun tempoh penanaman yang dilanjutkan tamat pada akhir January 2010 setelah tempoh asal tamat pada akhir Disember 2009.
“Felda tidak membuat perancangan dengan baik menyebabkan kerja penanaman tidak selesai sebagaimana yang dijanjikan kepada kami semasa menandatangani dokumen penyerahan sebelum ini.
Beliau bimbang kutipan sebanyak RM 17, 000 untuk kegunaan penyelenggaraan ladang peserta terlibat tidak mencukupi jika keadaan pengurusan ladang yang tidak terurus ini berlanjutan yang akan menyebabkan peserta terpaksa menanggung kos tambahan selain bebanan membayar balik RM 1000 sebulan yang diterima setiap peserta daripada pihak FELDA sementara menunggu ladang tersebut mengeluarkan hasil.
“RM 1000 yang kami terima perlu dibayar balik setelah ladang kami mengeluarkan hasil kelak.
“Kelewatan kelapa sawit ditanam akan menyebabkan kami menanggung hutang yang lebih tinggi dengan pihak FELDA kerana ladang lambat mengeluarkan hasil dan jumlah hutang yang diterima setiap bulan akan bertambah,” katanya hampa.
Peserta, Zakaria Ibrahim, 46, berkata, FELDA gagal menepati apa yang dijanjikan malah semasa kerja-kerja penanaman anak-anak pokok kelapa sawit ditanam FELDA gagal membuat pengawasan dengan baik hingga kerja penanaman sebahagian pokok sawit dilakukan sewenang-wenangnya oleh buruh kontraktor dilantik.
“Kegagalan FELDA membuat pengawasan semasa kerja penanaman menyebabkan sebahagian anak pokok kelapa sawit ditanam tanpa membuang terlebih dahulu plastik polibeg, menanam tanpa mengikut meletak baja penggalak akar sebagaimana yang dijanjikan malah anak sawit yang ditanam telah kering dan hampir mati.
“Kerja penanaman yang tidak mengikut apa yang dijanjikan ini menyebabkan sebahagian anak pokok sawit ditanam mati dan terbantut pembesarannya.
“Tidak puas hatai dengan kerja penanaman peserta ladang terbabit terpaksa menggali semula pokok-pokok sawit yang ditanam untuk membuang semula polibeg dan meletak baja penggalak akar .
“Pokok-pokok sawit ditanam juga banyak yang mati diserang tikus disebabkan racun tikus tidak diletak dengan kadar yang mencukupi di ladang-ladang.
Kecuaian kerja pengawasan dilakukan menyebabkan kami perlu mananggung pertambahan kos disebabkan kelapa sawit yang mati perlu ditanam semula apatah lagi kadar harga anak pokok sawit tinggi iaitu hampir mencecah RM 20 sepokok.
“Saya difahamkan sebelum ini FELDA tidak pernah menguruskan projek tanam semula sawit namun itu bukannya satu alasan kerana ianya menyebabkan bebanan kos beribu ringgit kepada peserta projek,” katanya
Peserta, Ibrahim Daud, 57, berkata, FELDA gagal melaksanakan kerja meracun rumpai secara berkala hingga menyebabkan pokok-pokok kelapa sawit ditanam ditenggelami semak-samun dan pokok-pokok liar yang menyebabkan pembesaran pokok terbantut kerana baja yang ditabur tidak dapat diserap anak sawit dengan baik.
Beliau kesal ladang kerja pembajaan belum pernah dilakukan walaupun pokok ditanam 6 bulan yang lepas menyebabkan pokok-pokok kelapa sawit kekuningan dan terbantut pembesaran.
“Peserta berulang kali mendesak pihak pengurursan FELDA Kerteh 3 melakukan kerja pembajaan yang sepapatutnya sudah dua kali dilakukan namun jawapan yang diberikan amat menghampakan dan mendukacitakan kami.
Kami jemu dengan alasan-alasan yang diberikan dan meminta kami bersabar menunggu bekalan baja yang dikatakan belum tiba dan maslah kekurangan tenaga buruh yang menyebabkan kerja-kerja penanaman masih tidak selesai, sebahagian ladang dipenuhi semak, dan kerja pembajaanyang tidak dilakukan.
Mohamad Sulong, 53, mempersoalkan di mana pergi janji-janji yang ditaburkan kepada para peserta selama ini, seharusnya pihak pengurusan mengambil jalan penyelesaian segera mengatasi masalah yang sudah berbulan-bulan lamaya.
“Apa yang lebih mendukacitakan kami, pihak pengurusan Felda Kerteh 3 menjawab pertanyaan kami dengan nada yang sini dengan mengatakan kami tidak perlu campur tangan terhadap ladang tersebut setelah membuat penyerahan kepada pihak FELDA.
“Mereka menjawab seolah-olah lupa janji-janji yang diberikan semasa mengempen supaya kami menyerahkan tanah kami seluas 10 ekar seorang kepada FELDA sebelum ini.
Sementara itu, Pengurus FELDA Kerteh 3, Jelani Othman, yang dihubungi enggan mengulas lanjut dan hanya berkata pihak pengurusan FELDA Kertih 3 menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh dan kelambatan bekalan baja yang menyebabkan kerja pengurusan ladang terganggu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan