search berita di sini

Bakal haji parlimen dungun dirai, sepakat gotong royong parlimen Dungun

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail








DUNGUN:   Penganjuran sesuatu majlis secara bergotong royong sudah semestinya mengeratkan hubungan antara ahli masyarakat apatah ianya melibatkan penglibatan ramai pihak.
                Lebih 10, 000 orang dari empat DUN iaitu Paka, Bukit Besi, Sura dan Rantau Abangmenghadiri majlis jamuan aidilfitri perdana Parlimen Dungun yang dianjurkan bersama Pejabat Parlimen Dungun, Pejabat Penyelaras Dun Paka dan Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Paka di Padang Cahaya Kuala Paka.
                Tujuh ekor lembu diagihkan kepada tujuh buah kampung Dun Paka iaitu Kampung Baru B1, Felda Kerteh 2, Feda Kerteh 4A, Felda Kerteh 3, Felda Kerteh Sri Aman, Kampung Santong untuk dijadikan juadah yang disiapkan secara bergotong royong di kampung masing-masing.
Sementara itu penduduk Kampung Kuala Paka pula berperanan  mengurus persiapan tapak iaitu memasang kanopi dan sebagainya.
                Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKK) Kampung Kuala Paka, Mohd Mokhtar Yusoff, 54, berkata tiga hari sebelum majlis diadakan beliau telah bermesyuarat dengan ahli jawatankuasa kampung membuat pembahagian tugas supaya kerja-kerja persiapan tapak dapak berjalan lancar.
                “Alhamdulillah kami penduduk Kampung Kuala Paka berjaya menjalankannya dan berasa senang hati dapat menyumbang tenaga menjayakan majlis ini,” katanya.
                Pengerusi JKKK Felda Kerteh 3, Ghozali Mamat, berkata beliau bersama penduduk kampung seawall jam 7 pagi mula menjalankan kerja memasak daging lembu yang siap dilapah setelah disembelih pada petang sehari sebelum majlis diadakan.
                “Pada jam 9 pagi penduduk dari tujuh buah kampung terlibat sudah siap bersedia melayan para tetamu yang tidak putus-putus berkunjung hinggalah sehingga gulai habis jam 3 petang.
                Sementara itu, Pengerusi JKKK Felda Sri Aman, Alias Mamat, berkata beliau berbangga kerana pihak pejabat parlimen memilih Dun Paka penganjuran majlis Jamuan Aidilfitri Perdana pada tahun ini yang dijalankan secara bergotong royong.
                Kampung beliau yang turut terpilih sebagai salah sebuah kampung yang terpilih menyiapkan juadah berharap penganjuran majlis secara bergotong royong sebegini perlu diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang kerana ianya dapat mengeratkan hubungan persaudaraan di kalangan masyarakat.
Pada majlis yang sama bakal-bakal jemaah haji parlimen Dungun yang berdaftar dengan Tabung Haji seramai 285 orang dirai dengan mengagihkan sumbangan kain ihram kepada bakal haji lelaki dan kain sembahyang kepada bakal haji perempuan yang disampaikan oleh Ahli PArlimen Dungun, Mathulidi Jusoh.
                Majlis yang bermula jam sembilan pagi hingga tiga petang itu turut dihadiri Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja , Datok Abd. Kadir Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Datok Zaabar Datok Mohd Adib; ADUN Paka, Mohd Ariffin Abdullah dan Ahli Parlimen Dungun, Mathulidi Jusoh  serta ketua-ketua Jabatan Kerajaan daerah Dungun. ends

UiTM Cawangan Dungun lancar TTRC dan UTA di hari pelancongan sedunia

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:   Sambutan hari pelancongan sedunia bertema 'tourism and biodiversity' yang disambut meriah UiTM Cawangan Dungun dengan penganjuran pelbagai acara ternyata lebih bermakna kdengan pelancaran Terengganu Tourisme Research Centre (TTRC) dan UiTM Terengganu Ambassador (UTA).
                Penubuhan TTRC ialah salah satu inisiatif UiTM Cawangan Dungun sendiri melalui Fakulti Pengurusan Hotel dan Perlancongan bagi menyediakan satu platform kepada ahli akademik, penyelidik bersama-sama bekerjasama menjalankan penyelidikan ke arah memajukan lagi industri perlancongan khususnya di negeri Terengganu.
                Pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Maisarah Abd Hamid, berkata TTRC  memain peranan sebagai saluran untuk mengadakan konvensyen bagi membentang kertas-kertas kerja berkaitan pelancongan yang hasilnya akan dihimpunkan serta berfungsi menjadi sumber rujukan para penyelidik.
                “Sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih dekat berkaitan perlancongan akan dapat memanfaatkan TTRC kerana kita merancang menghimpunkan jurnal-jurnal dan hasil penyelidikan untuk dikongsi bersama.
                Sementara itu Pengarah Kampus UiTM Dungun, Prof. Madya Tengku Yusoff Tengku Mahmud, berkata UiTM Cawangan Dungun adalah satu-satunya universiti yang mengadakan program UTA di Malaysia dan ianya diwujudkan dengan tujuan memberi peluang kepada para pelajar yang terpilih menimba pengalaman menjadi seorang duta bagi sesebuah organisasi.
                “Mereka perlu menjalankan tugas sebagai duta kampus yang diantaranya mengurus kunjungan tetamu yang datang ke kampus ini apabila kampus mengadakan karnival, konvokesyen dan sebagainya.
                “Sebelum ini pelajar-pelajar UiTM jurusan Hotel dan perlancongan banyak menerima jemputan pihak luar bagi bersama-sama menjayakan program besar seperti pertandingan perahu layar Monson Cup dan sebagainya, maka selepas ini pelajar-pelajar terpilih inilah yang akan ke sana sebagai duta UiTM.
                “Kita membuat beberapa kali temuduga kepada para pelajar yang berminat dengan mengenakan beberapa criteria utama yang diantaranya mereka mestilah berkemahiran berkomunikasi dalam tiga bahasa dengan fasih.
                “Daripada 30 pelajar falkulti hotel dan perlancongan yang berminat, 15 pelajar telah layak bergelar duta sulong UiTM Cawangan Dungun.
                Pelajar terpilih, Nurazimah Aini Hamzah, 20, berkata beliau tidak menyangka terpilih menjadi duta kampus namun beliau akan mencuba sebaik yang mungkin terutamanya menjadikan UiTM lebih dikenali masyarakat sebagai sebuah universiti yang terbaik.
                Pelajar semester 3, Mohd Arif Akmal, 20, berkata beliau akan menggunakan peluang yang diberikan untuk menimba pengalaman yang sudah tentu menjadi nilai tambah kepada beliau apabila berada di alam pekerjaan.
                “Saya amat teruja apabila mendapat tahu nama saya tersenarai sebagai duta UiTM Cawangan Dungun ini kerana pelajar-pelajar yang menghadiri temuduga semuanya hebat-hebat semuanya dan sebagai duta saya sudah semestinya akan menjaga nama baik universiti dengan menjalankan tugas sebaik yang mungkin.
                Pelancaran TTRC dan perlantikan duta UiTM disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisabn Negeri, Datuk Abd. Rahin Dato Mohd Said di Dewan Aspirasi UiTM Cawangan Dungun.
                Turut mengisi program sambutan hari pelancongan dunia itu ialah pembentangan kertas kerja berkaitan pelancongan yang turut dibentangkan oleh Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani manakala pada sebelah malam pula sambutan dihangatkan dengan pertandingan tarian kebudayaan.
                Lebih 500 peserta mengikuti pembentangan kertas kerja yang terdiri daripada pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan sendiri, pelajar dua buah sekolah angkat UiTM Dungun serta pelajar Kolej Teknologi Bestari yang mengikuti program kawal selia UiTM Dungun.ends.
KDNK meningkat??
apa ulasan anda??

....Paling asas adalah menangani persoalan struktural yang telah terperangkap dalam satu model ekonomi berpendapatan rendah, berprestasi rendah di segi nilai tambah yang rendah dan produktiviti yang juga rendah. Bagaimanakah kerajaan mampu menjana ekonomi berpendapatan tinggi yang memilikki kegiatan ekonomi bernilai tambah tinggi sekaligus menghasilkan produktiviti yang tinggi?
Itu adalah model ekonomi yang dihajati negara untuk keluar dari perangkap modal lama. Ia tentunya perlu menggarap kegiatan bidang selain dari ekonomi seperti pendidikan dan latihan yang menghasilkan warga kerja dan buruh berkemahiran tinggi (supply-side economics) bersekali dengan mencapai pertumbuhan mapan dan lebihan bajet yang mampu dilaburkan bagi memacu pertumbuhan seterusnya.
Pemulihan ekonomi secara jangka-panjang dan mapan adalah jawapan kepada permasalahan ekonomi negara. Pastinya ’pemulihan’ atau ’recovery’ tidak hanya sekadar merujuk kepada perbandingan angka pertumbuhan dalam dua suku. Itu ’pulih’ secara ’teknikal’ sahaja.
Tambahan kalau ekonomi masih di belenggu dengan segala kegiatan yang tidak menghasilkan dayasaing atau ’competitiveness’ dengan polisi yang mengutamakan kroni, perlindungan industri yang tidak berdaya maju, monopoli, pemberian subsidi pada sasaran yang salah, pengurusan timpang yang tiris dan bocor yang sarat dengan amalan rasuah.
Kedua, kenaikan lebihan dagangan luar (external trade surplus) pada tahun 2009 sebanyak RM118.35bilion tidak diikuti dengan peningkatan sejajar simpanan asing (foreign reserve). Simpanan asing pada tahun 2009 menokok hanya USD5 bilion pada jumlah USD96.7bilion pada tahun Dis 2009 dari USD91.5bilion pada tahun Dis 2008.
Pakar-pakar ekonomi amat runsing dengan ketidaksejajaran atau kesenjangan ini yang sekaligus memaparkan bahawa di sana terdapat aliran keluar dana lebih banyak dari kemasukan dana ke dalam negara. Bank Negara Malaysia juga turut runsing dengan fenomena ini yang sekaligus mengisyaratkan ’kehilangan keyakinan’ pelabur terhadap ekonomi negara.
Dengan ekonomi yang telah sekian lama dipacu oleh perbelajaan kerajaan atau faktor ”G” dalam formula KDNK/GDP yakni KDNK= C + G + I + (X-M), di mana C- adalah Perbelanjaan (awam), G – perbelanjaan kerajaan, I – pelaburan swasta (luar dan dalam) dan (X-M) atau (Ekpsot – Impot), ia telah mengakibatkan defisit belanjawaan selama 13 tahun dan ke paras 7.4% bahkan ada yang menyebutkan sebagai 8% tahun 2009.
Justeru itu kerajaan tidak lagi mampu melakukan ’pengepaman’ atau ’pump-priming’ dalam menjana pertumbuhan. Hutang kerajaan Persekutuan tahun 2009 adalah ke tahap RM362bilion atau bersamaan 55.2% KDNK, berbanding RM306bilion pada 2008. (KDNK negara sekitar RM700bilion). Faktor ”G” tidak lagi mampu digunakan untuk menjana pertumbuhan KDNK kerana terbeban dgn hutang dan bakal menjejaskan ‘penarafan negara’ atau ‘sovereign rating’, sekaligus menjejaskan pelabaruan kerana tidak menarik sebab kos kewangan/pinjaman akan meningkat.
”I” seperti dalam KDNK ialah pelaburan swasta samada dari sumber luar atau asing dan tempatan. Sumbangan pelaburan swasta di negara kini hanya pada paras 10% berbanding lebih dari 30% dalam tahun 90an. Hakikat ini mesti diakui oleh kerajaan BN sekarang ini.
Kehilangan dayasaing negara telah meletakkan negara bukan sahaja gagal mengamit pelaburan asing langsung (FDI) bahkan sebaliknya mengalami aliran keluar dana tempatan sebanyak RM9.14bilion pada tahun 2007, RM26bilion pada tahun 2008 dan RM14.6bilion untuk 9 bulan dalam tahun 2009.
Fenomena pengaliran keluar dana tidak boleh lagi dihujjahkan sebagai pelabur tempatan mahu menyambut seruan menjadi pelabur global. Ketika kerajaan tidak lagi mampu memacu pertumbuhan dengan ”G” kerana melebarkan defisit, maka ”I” diperlukan. Namun ”I” tidak mampu memacu pertumbuhan kerana pelaburan swasta tidak dapat dijana. Kelembapannya akan menjejaskan penjanaan kerja, pelaburan dalam kegiatan ekonomi bernilai tinggi untuk merancakkan pencapaian ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan akhirnya pertumbuhan yang mapan.
Sementara itu model ekonomi negara yang bergantung kepada pendapatan sumber minyak dan gas sudah tidak lagi wajar dan tidak mapan (sustainable) kerana telah ke paras 45% dari seluruh pendapatan negara.
Akhir sekali, andainya inflasi terus meningkat kerana antara lainya, kenaikan cukai, seumpama kesan GST, penarikan subsidi seumpama bahan bakar, kenaikan tarif utiliti seperti elektrik, maka rakyat akan terus kehilangan kuasa membeli. Dengan itu peningkatan ‘C’ atau perbelanjaan akan turut terjejas.
Kesan  ini akan menjejas ‘demand side’ atau permintaan. Sedikit sebanyak faktor ’C’ atau perbelanjaan inilah, yang telah membantu peningkatan pertumbuan dalam suku akhir 2009. Namun sayugia dingatkan bahawa ‘gaji sebenar’ atau ‘real wages’ buruh atau ‘labour’ di negara ini hanya mengalami peningkatan sebanyak 2.6% mengikut Bank Dunia dalam 1994-2007. Dengan kata lain faktor ’C’, akibat dari ’gaji sebenar’ dan gaji ’boleh berbelanja’ (disposable income) yang tidak meningkat, akan mengekang pertumbuhan yang lebih rancak.
Kita beraleh kepada faktor (X-M) atau Ekspot tolak Impot. Lebihan dagangan telah penulis sebutkan di atas. Sememangnya kita adalah sebuah negara yang bergantung kepada ekspot. Itu tidak salah. Dan inilah juga yang memacu pertumbuhan dalam suku akhir tahun lalu ini secara signifikan. Tetapi sebaliknya pula, selama manakah produk-produk negara boleh terus berdayasaing, kalau kita terperangkap dengan nilai-tambah yang rendah dengan pelaburan swasta (I) serta ekonomi domestik mandom dan lembap?
Fikirkan. Mampukah kita melonjakkan dayasaing negara atau ‘competitiveness’ dalam mendepani persaingan global yang semakin sengit dan getir?

Kak Nong turun padang

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:   Senator Hajjah Zainon A. Bakar bukanlah nama asing dalam memperjuangkan nasib wanita khususnya semenjak 2008 apabila diberi amanah memikul taggungjawab sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Dungun.
                Mewarisi darah perjuangan daripada keluarga beliau yang aktif memperjuangkan nasib rakyat dan berbekal pengalaman semenjak berumur 18 tahun bergiat dalam politik sebagai ahli UMNO Cawangan Kijal menyebabkan beliau tidak pernah kenal erti jemu menganjur berbagai program dengan natlamat memajukan wanita melayu dalam agenda politik, sosial, pendidikan dan ekonomi tercapai, selain berkemampuan dan bernasib baik tidak terabai.
                Lebih dikenali masyarakat dengan nama “Kak Nong” wanita berusia 57 tahun ini yang melibatkan diri secara aktif dalam politik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Cawangan Kampung Molek  dan dilantik sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Dungun pada Oktober 2008 dan Ahli Dewan Negara berazam meningkatkan infrastruktur di daerah Dungun dan membantu wanita khususnya dalam bidang ekonomi.

Senator Zainon A.Bakar penggerak ‘gempur kebajikan’ bahagian Dungun

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:   Program “Gempur Kebajikan” yang dilancar Datok Seri Sharizat Abdul Jalil awal 2010 dan dilaksanakan oleh pergerakan Wanita UMNO di setiap bahagian di seluruh negara ternyata berkesan dalam membela golongan kurang bernasib baik khususnya ibu tunggal yang terlepas pandang mendapat bantuan bulanan dari Pejabat Kebajikan Masyaraka (JKM).
                Di peringkat bahagian Dungun, Senator Zainon A. Bakar memain peranan penting mengatur perancanganmembahagi tugas kepada setiap pengerusi wanita setiap cawangan di empat Dun iaitu Paka, Bukit Besi, Rantau Abang dan Sura.
Sehingga kini walaupun sudah ramai golongan miskin yang berjaya dikesan dan mendapat bantuan beliau tetap turun padang bersama-sama anak buah mengedar borang soal selidik dan membuat semakan seterusnya dihantar ke pejabat JKM.
                “Saya berasa tidak senang jika tidak turun padang bersama-sama ahli-ahli wanita di cawangan-cawangan bke rumah-rumah wanita dan ibu tunggal menjalankan soal selidik dan sekali gus menyelami masalah mereka.
                “Selain membantu mengenal pasti keluarga yang memerlukan bantuan ‘gempur kebajikan’ ini dapat memberi gambaran sebenar kepada kita permasalahan yang dihadapi mereka.
Permohonan 2 lelaki Islam mohon murtad didengar 19 Dis
22/09/2010 4:59pm

KUALA TERENGGANU 22 Sept. - Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini menetapkan 19 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula permohonan dua lelaki untuk keluar daripada agama Islam.

Hakim Syarie Rosdi Harun menetapkan sebutan semula permohonan Mohd. Rajiman Chin Abdullah, 48, dan Mohd. Ramzan Maniarasan, 38, akan dibuat secara bersama pada tarikh tersebut.

Beliau menetapkan tarikh itu selepas Peguam Syarie, Syed Ahmad Shabuddin Syed Nong yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebagai responden kes itu memaklumkan mahkamah Pegawai Penasihat Undang-undang Syariah yang mewakili Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAIT) sedang cuti bersalin.

Beliau meminta mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula yang baru untuk kedua-dua permohonan itu iaitu selepas pegawai wanita itu kembali bertugas pada Disember ini.
Merayau di tengah hari Sabtu ini di sebuah laman hamba agak tertarik membaca sebuah entri dari seorang ahli jawtankuasa UMNO bahagian.
  bagi hamba sudah sewajarnya kita sebagai umat nabi Muhamad berbangga apabila sunnah ditegakkan di saat manusia semakin hanyut sekarang ini. Bukankah mengamalkan sunnah itu perkara dituntut agama. Hamba berasa memang tisak patut kita melarang orang lain mengamalkan sunnah (termasuk warna pakaian apatah lagi turban berwarna putih adalah salah satu pakaian nabi, putih kan lambang bersih...) apatah lagi kita sendiri tidak mampu melakukannya.
  Hamba pun tidak tahu siapakah hamba Allah yang dimaksudkan oleh ahli jawatankuasa UMNO bahagian ini ... Sebagai umat islam hamba mengyokong seratus peratus sesiapa yang berjubah, berserban dan segala-galanya yang sahih adlah sunnah nabi..
Seorang JKKK di Paka yang dikatakan orang ramai bakal menjawat Ahli Majlis sungguh hebat sekali apabila mengutarakan hujah apabila ditanya pelbagai soalan berkenaan isu yang timbul. Menerjah ke sebuah laman hamba temui satu rangkap yang hamba rasakan adalah prinsip beliau..
   Setiap orang ada hak untuk mengutarakan pendapat masing-masing, justeru itu beliau pada pandangan hamba berhak bersuara. Silakan bersuara JKKK, JKKK, . Hujung pangkalnya apabila kita menyepi manusia disekeliling sukar mengetahui pendirian kita.no komen banyak-banyak..


"Perjuangan itu satu kewajipan...
Berjuang untuk diri sendiri.
Berjuang untuk pemimpin.
Berjuang untuk kejayaan.
berjuang untuk kekalkan kuasa..
Perjuangan yang ikhlas, itu adalah segala-galanya......."
Tok Kah Dungun tersenarai lokasi Ayah Pin

LATAR BELAKANG

1 .Nama sebenar Hasan bin Yaakob. Gelaran lain untuk beliau ialah Tok Yah Hasan, Pak Teh Hasan dan Pak Chu Hasan tetapi yang paling popular ialah Hasan Anak Rimau.



2. Dilahirkan di Kampung Bendang Pauh, Chetok, Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1914. Disebarkan di Kampong Bukit Gading, Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan. Menetap di Batu 13, Kampong Tenang, Jalan Kerawak, Hulu Besut, Terengganu dan meninggal dunia di sana.

3. Pengganti beliau ialah Ayah Pin. Nama penuhnya ialah Ariffin bin Muhamad. Berusia 49 tahun. Beliau berasal dari Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan. Mempunyai empat orang isteri dan 21 orang anak.

4. Ayah Pin menetap di Batu 13, Kampong Tenang, Jalan Kerawak, Hulu Besut, Terengganu dan disitulah dijadikan markas kumpulan ajaran Ratip Kuat.

5. Dua orang guru lain sebagai penyambung ajaran ini ialah Mohamad bin Ya dan Kamariah bt Ali. Mohamad bin Ya dilahirkan pada 11.8.1950 di Kampong Beah, Redang, Bachok, Kelantan. Pernah belajar di Madrasah Tarbiah Kampung Lepah, Selising Bukit Jawa, Pasir Putih hingga darjah tujuh sebelum menyambung pelajaran ke Darululum, Deoband India dan Mesir. Manakala isterinya Kamariah bt Ali dilahirkan pad a 1.1.1951. Berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan berkelulusan Azhar. Kedua-duanya pernah menjadi guru agama di Sekolah Menengah Methodist Kampar, Perak (suami) dan Sekolah Menengah Kampar, Perak (Isteri).

6.Bapa Muhamad ialah Haji Ya bin Haji Ali dan merupakan ketua ajaran berkenaan di Kampung Beah, Redang, Bachok, Kelantan.

7.Ajaran ini dikesan pada tahun 1970an di tempat-tempat berikut:

a. Bukit Mas, Tanah Merah )
b. Gong Datok, Pasir Putih )
c. Dalam Rhu, Pasir Putih ) Kelantan
d. Kampong Beah, Redang, Bachok )
e. Pasir Panjang )
f. Merchang )
g. Felda Sungai Tong )
h. Kampung Langkat ) Terengganu
i. Pulau Rusa )
J. Felda Jerangau )
k. Kemaman )
l. Marang )
m. Kampong Tok Kah, Dungun )
n. Taman Kapar Jaya, Malim Nawar )
o. Taman Lela, Kemunting, Taiping )
Perakp. Kongsi Baru, Setiawan )
q. Endau Rompin ) Pahang
Hotel Residence Paka lancar  1Malaysia Charity Drive Telaga Emas

Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail

PAKA:   Hotel Residence Paka melancar  1Malaysia Charity Drive Telaga Emas sebagai satu saluran orang ramai menghulurkan sumbangan untuk membantu golongan yang memerlukan tidak kira bangsa terutama dengan ketibaan perayaan utama di setiap tahun seperti Hari Raya, Deepavali, Krismas, dan Tahun Baru Cina.

13 parti komponen BN sokong jauhi PERKASA

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO, membuat keputusan untuk menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum

Tee keluar 10 surat sokongan

Seorang lagi Ahli Majlis MPK turut disiasat

SHAH ALAM: Hasil laporan audit yang dijalankan Jabatan Audit Selangor menunjukkan bekas Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Tee Boon Hock mengeluarkan 10 surat sokongan terhadap 20 syarikat bagi mendapatkan projek di bawah MPK pada 2008.

Timur: Waspada 31 laluan maut

Pengguna dinasihat berhati-hati melalui jalan sering ragut nyawa
Utara: Penduduk mahu masjid
.
SURAU di Taman Perumahan Desa tidak mampu menampung jemaah.



Petronas Gas anjur program ‘Sekampit Beras, Sekilo Gula’
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:    
            Kakitangan Petronas Gas Berhad di Loji Memproses Gas Kompleks B (GPPB) Paka menganjur program ‘Sekampit Beras, Sekilo Gula’ bagi membantu golongan kurang bernasib baik serta menghulurkan sumbangan kemudahan peralatan kepada Masjid Santong selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan penduduk sekitar.
            Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kehadiran lebih 1000 penduduk kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka dan kakitangan GPPB bergotong royong membersih dan memperbaiki fasiliti masjid Santong seperti mengecat wakaf masjid, pembahagi jalan dan kawasan parkir.
            Program dianjurkan ternyata meriah dengan kerjasama penduduk kampung dan kakitangan GPPB bersama-sama menyiapkan hidangan berbuka puasa dengan memasak daging 2 ekor lembu yang disembelih pada awal pagi.
            Seramai 30 warga emas, 12 ibu tunggal, 10 anak yatim dan 15 Orang Kelainan Upaya (OKU) menerima sumbangan sekampit beras sekilo gula selain itu GPPB juga menyumbang peralatan kemudahan masjid iaitu 4 unit kon pembesar suara, 2 unit lampu sorot serta 5 unit kipas angin kepada Masjid Santong.   
            Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Santong, Shafie Salleh, berkata beliau berasa bersyukur dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kakitangan GPPB serta pihak pengurusan Bahagian Operasi Loji (POD) yang menyumbang tenaga serta wang ringgit bagi membantu golongan yang memerlukan serta peralatan kemudahan masjid dan menyumbang 2 ekor lembu untuk hidangan berbuka puasa.
            Pengurus Besar GPPB, Azlimi M Lazim, berkata pogram Sekampit Beras, Sekilo Gula ini adalah salah satu daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) GPPB yang dianjur dari semasa ke semasa bagi menjalin hubungan dengan masyarakat sekitar.
            “GPPB juga menjadikan Sekolah Kebangsaan Santong (SKS) sebagai sekolah angkat yang turut sama–sama dirai dalam majlis pada hari ini dengan sumbangan duit raya.
            “Penganjuran program ini turut dijayakan bersama oleh kontrakor-kontraktor tempatan yang turut bersama-sama menghulurkan sumbangan dan bergotong-royong bersama-sama penduduk kampung.
            Turut hadir pada majlis sehari itu, ADUN Paka, Mohd Arifin Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Dr. Rosli Mat Hasan dan Ketua Balai Polis Paka  Cif Inspektor Mahadi Husin.