search berita di sini






226 penduduk DUN Paka sertai RTB



Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:   89 buah keluarga di Kampung Santong gembira apabila impian mereka untuk memiliki tanah seluas satu ekar yang diusahakan sebagai tempat bercucuk tanam semenjak 46 tahun lalutersenarai dalam  Rancangan Tanah Berkelompok yang membolehkan mereka menerima Lesen Menduduki Sementara (LMS) sebagai syarat sebelum menerima geran selepas 3 bulan kemudian.
                Sebahagian besar penduduk Kampung Santong yang selama ini dirundung kebimbangan kerana tanah yang diteroka 46 tahun lalu itu tidak memiliki status sah kini tersenyum lebar dengan penerimaan Jadual 5 A dan Lesen Menduduki Sementara (LMS) bagi membolehkan mereka memiliki TOL  setelah melunasi bayaran premium tanah.
                Mereka adalah sebahagian daripada 226 peserta yang berjaya menyertai Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) jenis Tapak Rumah iaitu RTB Darat Kubur Kampung Nyior (20), RTB Cacar Tambahan (38), RTB Tebing Tembah (16), RTB Paya Limbong (4), RTB Telaga Mas Beris (15), RTB Telaga Mas Jaya (43) dan RTB Paya Serdang Santong (89).
                Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Santong Shafie Sulong, berkata, kebanyakan yang menerima LMS pada hari ini terdiri daripada generasi kedua dan ketiga penduduk Kampung Santong kerana kebanyakan generasi pertama yang meneroka tanah telah meninggal dunia.
                “Saya bersyukur dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Pejabat Tanah daerah Dungun sert pihak kerajaan negeri kerana meluluskan permohonan penduduk untuk memiliki tanah sendiri.
                “RTB membantu menyelesai masalah penduduk yang terpaksa berkongsi rumah sehingga 4 buah keluarga dalam satu rumah kerana tidak memiliki tanah untuk membina rumah sendiri.
                Pengawal Keselamatan, Mohd Rozi Mohd Zain, 29, berkata beliau merupakan generasi ketiga dan mempunyai keluarga sendiri namun disebabkan tidak mempunyai tanah untuk didirikan rumah beliau dan 3 lagi adik beradik yang juga sudah berkeluarga sendiri terpaksa berkongsi rumah peninggalan ayah beliau.
                “Saya amat gembira apabila tanah yang diteroka datuk saya  64 tahun lalu akan mendapat geran yang sekaligus membolehkan kami membina rumah sendiri secara bedikit-dikit.
                Warga emas, Omar Awang, 75, berkata beliau meneroka tanah seluas empat ekar sebelum merdeka di Kampung Santong untuk dijadikan sawah padi namun permohonan kelulusan hak milik tanah yang dibuat tidak berjaya sehinggalah pada hari ini setelah lebih 40 tahun tanah itu akan diberi geran.
Walaupun hanya satu ekar yang diberi geran manakala baki 3 lagi ekar digunakan kerajaan untuk projek pembangunan beliau lega kerana ramai anak beliau yang masih tidak mempunyai tapak tanah untuk dibina rumah.
Rakan beliau Sitah Saman, 80, tidak menyangka apabila dikhabarkan pengerusi JKKK tanah yang sekian lama dibuat permohonan akhirnya diluluskan kerajaan.
“Jika ditanya perasaan saya sudah pasti saya amat teruja kerana ianya menyelesai masalah cucu dan anak-anak saya yang tidak mempunyai tanah untuk membina rumah,” katanya hiba.
                Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin Abdullah, berkata penerima LMS dan Jadul 5 A dikehendaki membayar bayaran premium mengikut jumlah dan tarikh yang ditetapkan iaitu 3 bulamn namun begitu peserta yang gagal dikehendaki membuat permohonan tempoh lanjut pembayaran di  Pejabat Tanah dan Daerah Dungun bagi mengelak tanah dilupuskan.
                Sementara itu Pegawai Daerah Dungun, Mustofa Abdul Rahman, dalam ucapan perasmian mengingatkan para peserta RTB tidak bersikap khianat dengan menjual tanah yang diberikan kerajaan itu bagi mengaut keuntungan atas angin jika tidak tindakan tegas akan diambil termasuk menyenarai hitam nama pihak terbabit yang sudah pastinya menyukar mereka untuk memohon tanah daripada kerajaan.
Turut hadir di majlis penyerahan yang diadakan serentak dengan jamuan hari Raya Dun Paka itu ialah Ahli Parliemn Dungun, Mathulidi Jusoh; Penghulu Mukim Paka, Embong Mat Zain serta pengerusi-Pengerusi  JKKK kampung sekitar Paka. Ends

Caption:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan