search berita di sini


Pertandingan kesenian khat meriah


Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:           Bagi memelihara kesenian tulisan khat yang menjadi salah satu daripada cabang seni dalam tamaddun islam dan seakan tenggelam terutamanya di kalangan generasi muda Majlis Perbandaran Dungun dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Dungun (PPD) dan mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan terbuka seni khat secara besar besaran yang melibatkan pelajar sekolalah-sekolah menengah dalam daerah Dungun.

                Majlis disertai  36 peserta itu yang berlangsung di Dataran Dewan Merdeka (DDM) turut menarik peminat dan penggiat seni tulisan khat turut dimeriahkan dengan persembahan zanji marhaban oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang  (SMAKAKA).
                Penggiat seni khat, Hassan Mad Amin, 55, berkata, inisiatif yang diambil pihak MPD dan PPD perlu menjadi contoh kepada agensi kerajaan dan swasta yang lain bagi memastikan cabang kesenian islam ini tidak luput di telan zaman.
                Pengunjung yang hadir menyaksikan pertandingan, Nuruddin Abdullah, 45, berkata, pertandingan yang diadakan secara terbuka di tempat awam sebegini dapat menarik minat orang ramai terutamanya golongan remaja untuk mendekati penulisan seni khat.
                Hakim pertandingan yang dilantik, Hassan Mad Amin, 55, berkata, tiada usaha yang secara berterusan menyebabkan seni khat kini semakin dilupai masyarakat pada hari ini.
                Beliau yang merupakan seorang guru berkata, kebanyakan sekolah mempunyai badan agama islam yang berperanan menganjurkan pertandingan dan bengkel penulisan khat bagi memupuk minat pelajar, namun usaha yang dilakukan pihak sekolah tidak mampu menggilap semula kemashuran tulisan jawi dan khat di kalangan masyarakat kita.
                “Lihat sahaja berapa kerat di kalangan anak muda yang mampu dan pandai menulis jawi. Usaha bersama dari pelbagai pihak perlu dilakukan bagi memartabatkan semula kesenian islam.
                “Tanpa adanya komitmen dan kesepakatan untuk menghidupkan semula aliran seni ini yang seharusnya digalas bersama menjadikan hasil kesenian islam makin hari makin dilupakan oleh masyarakat islam sendiri.
                Johan pertandingan, Ahmad Farishisyam Khairul Azhar, 15, berkata, beliau mempelajari seni khat daripada ibu beliau yang merupakan seorang peminat seni khat.
                “Minat mempelajari seni khat mula timbul semenjak di baku sekolah menengah lagi.
                “Melihat seni khat yang terpampang di dinding-dinding membuatkan saya seolah-olah terpukau sejenak menyelami keindahan seni, lenggokan teknik yang digunakan dan menghayati makna yang mendalam disebalik baris tulisan khat.
                “Terdapat beberapa aliran seni khat yang diantaranya khat Sulukh, khat nasakh dan bermacam lagi dan pada pertandingan kali ini juri pertandingan menetapkan peserta perlu mematuhi cirri-ciri khat nasakh.
                 “Bagi saya apa yang perlu dititik beratkan semasa membuat penulisan khat, kita perlu berhati-hati dan teliti memastikan abjad huruf terbentuk dengan elok, kerap kali terjadi disebabkan penulis terlalu asyik dengan penggubahan mengarang, mereka hanyut dan huruf tidak terbentik dengan sempurna yang menyebabkan markah ditolak malah makna baris ayat akan rosak,” kata beliau yang merupakan pelajar SMAKAKA
                Naib Johan yang juga dari sekolah SMAKAKA, Omar Hakimi Sulaiman, 16, berkata, beliau berharap pertandingan seni khat diadakan di antara sekolah-sekolah kerana sekarang ini hanya pertandingan di peringkat dalaman sekolah masing-masing sahaja dianjurkan.
                “Dengan ada pertandingan antara sekolah-sekolah ianya akan menyemarakkan lagi kesenian islam ini,” katanya.
               
               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan