search berita di sini


Buruh “bencana kerja” lega

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

PAKA:   Penantian Zulkifli Abdul Razak, 28, mendapatkan pampasan setelah mengalami kemalangan di tempat kerja pada Ogos 2008 dan kemalangan ke dua pada Oktober 2010 semakin cerah setelah pihak PERKESO mendapati beliau layak untuk menuntut Faedah Hilangupaya Kekal setelah selesai menjalani rawatan nanti.

                Pada 31 Julai 2010 Harian Metro menyiarkan ‘Pemuda hilang jari, lumpuh tunggu bantuan’, keluhan Zulkifli yang berasa terkilan dan hampa dengan kelewatan pembayaran tuntutan hingga beliau terhimpit kerana mengalami kengkangan kewangan bagi menampung kos rawatan serta hidup.
                Ketua Pengarah PERKESO, K. Selvarajah, berkata, siasatan telah dijalankan dan didapati Zulkifli Abd. RAzak telah mengalami dua kemalangan industri semasa bekerja dengan majikan berasingan pada 07. Ogos 2008 dan 20 Oktober 2009.
                “Kemalangan pertama berlaku pada 7 Ogos 2008 semasa beliau bekerja sebagai ‘Semi Skill Worker’ dengan majikan Selat Gedung Sdn. Bhd di Bengkel Zulkarnain Kampung Permatang Pauh Majung Perak menjalankan kerja-kerja memotong besi mengalami kemalangan yang mengakibatkan dua ruas dari jari telunjuk beliau telah putus dan satu ruas dari jari tengah juga telah putus tetapi berjaya di sambung balik namun jari berkenaan gagal berfungsi.
                “Beliau telah membuat aduan di PERKESO Dungun pada 18 Februari 2009 (tujuh bulan selepas kemalangan) berhubung dengan kemalangan itu. Memandangkan majikan beliau berada di Klang, fail aduan beliau telah dipindahkan ke PERKESO Klang pada 24 Februari 2009.
                Kemalangan yang kedua berlaku pada 20 Oktober 2009 sewaktu beliau bekerja sebagai ‘paip man’ dengan majikan sub kontraktor, Al-Ubaidillah Ghazali yang beralamat di 1120, Lorong 1, Kampung Limbong Paka.
                “Pada jam 6.20 petang sewaktu beliau sedang membuat kerja-kerja pemasangan paip penghawa dingin yang bersaiz agak besar, secara tidak sengaja paip berkenaan papip berkenaan telah menghimit dan menghentak perut beliau yang mengakibatkan beliau telah mengalami keretakan pada tulang belakang iaitu tulang L4 dan L5 dan sehingga kini beliau masih dalam rawatan dan tidak dapat bekerja.
                “Bagaimanapun kemalangan ini tidak dilaporkan kepada PERKESO kerana berlaku salah faham di phak sub kontraktor, yang beranggapan ianya menjadi tanggungjawab majikan utama dan memadai dengan tuntutan insuran lain.
                “Siasatan kami juga mendapati sub kontraktor terbabit juga menjalankan aktiviti perniagaan tanpa mendaftarkan perusahaannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan setelah diberi penerangan, majikan telah mendaftarkan perusahaan beliau dengan PERKESO dan juga telah mengemukakan (Borang 21) pada 15.08.2010 di pejabat PERKESO Dungun.
                “Hasil dari siasatan yang dijalankan kes ini telah diklasifikasikan sebagai ‘bencana kerja’ dan bayaran pertama iaitu Faedah Hilangupaya Sementara Waktu dibayar pada hari ini kepada beliau untuk tempoh cuti skit dari 23 Oktober 2009 hingga  9 Februari 2010 dan 26 Mei 2010 hingga 11 Julai 2010 berjumlah RM 1,570.
                Manakala bagi cuti sakit yang masih berbaki akan dibayar secara berperingkat dan beliau juga layak untuk menuntut Faedah Hilangupaya Kekal setelah selesai menjalani rawatan.
                Pihak PERKESO Dungun sedang berusaha untuk mendapatkan laporan perubatan terkini dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk melihat perkembangan terkini beliau.
                Selain itu pihak PERKESO juga akan membekalkan beberapa peralatan pemulihan dan di antara peralatan yang telah dibekalkan ialah lampin pakai buang, kerusi roda dan ‘commode wheel chair mankala peralatan lain bergantung kepada syor-syor yang akan dibuat oleh pakar pemulihan.
                “Sekiranya beliau berminat untuk bekerja semula, pihak Perkeso juga akan merujuk beliau kepada program “return to work’ bagi menyediakan apa-apa bantuan untuk membolehkan beliau kembali bekerja semula mengikut kesuaian fizikal beliau,” kata beliau semasa melawat Zulkifli dan menyampaikan Faedah Hilangupaya Sementara Waktu sebanyak RM 1,570, bantuan ‘Commodate wheel Chair’, kerusi roda dan lampin pakai buang.
               
                Zulkifli berkata, harapan beliau untuk mendapat pampasan  sebenarnya sudah tiada lebih-labih lagi mengenangkan tuntutan dalam kemalangan pertama pada 2008 yang belum selesai, namun begitu, dengan penerangan diberikan dan kedatangan Ketua Pengarah PERKESO sendiri bagi melihat sendiri keadaan saya, harapan saya pulih kembali.
                “Dengan faedah hilangupaya sementara waktu yang diterima ianya sedikit sebanyak meringankan bebanan kos perubatan dan berulang alik ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan fisioterapi.
“Walaupun mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun ianya tidak mencukupi kerana saya terpaksa berhabis lebih RM 1000 sebulan.
“Setelah terlibat dalam kemalangan saya tidak mampu membuat apa-apa kerja dan hanya mengharapkan pertolongan dari tiga kakak dan abang yang tinggal bersama kerana kedua ayah dan ibu telah tiada,” kata beliau yang turut menyatakan hasratnya kepada   K. Selvarajah untuk menyertai program ‘return to work’ dalam bidang seni. Ends.
Caption:
4392: Ketua Pengarah PERKESO, K Selvarajah(Tengah bercermin mata) menuntun kerusi roda Zulkifli.
4393: Zulkifli Abdul Razak
4380: Ketua pengarah PERKESO, K Selvarajah mengangkat zulkifli menaiki kerusi roda bantuan
4385: K Silvarajah (kiri  sekali) menyampaikan cek Faedah Hilangupaya Sementara Waktu dibayar pada hari ini kepada beliau untuk tempoh cuti skit dari 23 Oktober 2009 hingga  9 Februari 2010 dan 26 Mei 2010 hingga 11 Julai 2010 berjumlah RM 1,570, bantuan ‘Commodate wheel Chair’, kerusi roda dan lampin pakai buang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan