DUNGUN: Setelah terpaksa berkejaran ke masjid dan sekolah-sekolah berdekatan setiap kali membuang air penduduk di permahan kos rendah 3, Jalan Merbuk Nibong lega dengan tindakan segera pihak Indah Water Konsortium menjalankan kerja penyelenggaraan tangki septik mengikut jadual sebagaimana biasa.
Sikap sesetengah penduduk di perumahan itu yang tidak menjelaskan bil penyelenggaraan menyebabkan pihak Indah Water Konsortium enggan menjalankan kerja megepam tangki septic mengeluar jadual sebagaimana biasa yang menyebabkan tandas rumah-rumah yang berkongsi tangki septik tidak dapat digunakan.
Penduduk, Azman Harun, 45, berkata, kesulitan yang dihadapi berakhir selepas kerja-kerja mengepam dilakukan Indah Water Konsortium setelah Edisi Timur menyiarkan berita masalah yang dihadapi mereka pertengahan Jun lalu.
Jiran beliau, Atikah Mohd Noor, 42 yang sebelum ini menelefon pejabat Indah Waer Konsortium di Kuala Terengganu meminta kerja megepam tangki penuh dilakukan dan terkilan apabila diberitahu Indah Water Water Konsortium enggan berbuat demikian kini tersenyum masalah yang dihadapi telah selesai.
“Saya tidak tahu apa tindakan yang dikenakan kepada pengguna yang tidak membayar bil perkhidmatan namun apa yang penting saya tidak lagi berhadapan dengan masalah tangki septik penuh.
“Terima kasih berita harian yang sudi menyiar rintihan kami,” katanya.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Che Kah, berkata, sebagai penjual makanan beliau selalu rungsing dengan bau kurang menyenangkan akibat air tangki najis yang melimpah keluar.
“Saya kini dapat berniaga dengan selesa gangguan bau busuk yang amat tidak selesa.
Sebelum ini Edisi Timur menyiarkan dilemma dialami penduduk Rumah Kos Rendah Tiga yang terkilan serta tidak bersetuju dengan tindakan IWK yang enggan menjalankan kerja penyelenggaraan tangki septic sehingga saluran najis penuh dan tersumbat kerana beberapa penduduk yang berkongsi tangki septik tidak membayar bil caj perkhidmatan sebanyak RM 6 bagi setiap enam bulan.
Penduduk terpaksa memanggil pihak persendirian mengorek saliran tersumbat dan terpaksa mengeluarkan belanja sebanyak RM 300 setiap kali tangki septik bermasalah.
Lebih menyedihkan, kira-kira 12 keluarga di perumahan itu terpaksa berkejar ke Masjid Tengku Intan Zaharah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Dungun serta Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Omar setiap kali mahu memvbuang air besar dan kecil kerana tandas di rumah mereka tidak boleh digunakan langsung.
Penduduk terpaksa tinggal dalam keadaan yang tidak selesa dengan menghidu bau najis apatah lagi kepada keluarga yang mempunyai anak kecil dan warga tua dan keluarga yang kurang sihat.END
Caption;
100012, 10009, 10004,10005: gambar sebelum ini yang menunjukkan keadaan tangki najis penuh dan hampir melimpah keluar di Rumah Murah Tiga , JAlan Merbok
100014: maslah tangki septik penuh yang berpunca daripada kerja pengurusantidak mengikut jadual yang dihadapi Penduduk Rumah Kos Murah 3, Jalan Merbok Kampung Alor Tembesu kini selesai
....kan sebang nak berak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan